Sunday 4 December 2011

Teruja Dengan Aksi Ranjang

Sekarang rata-rata sedang dilambung badai "OMBAK RINDU" yang baru memecah pawagam di serata Malaysia.
sedikit sinopsis filem Ombak Rindu

Filem Ombak Rindu hasil karya novelis Fauziah Ashaari, Izzah, gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, ayah saudaranya, Taha, mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha cukup tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bala dalam keluarga mereka.

Pada masa sama, Pak Cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual Izzah kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak ayah saudaranya walaupun hatinya meronta.

Di situlah dia berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz sanggup 'membeli' Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan mahu membawa dia keluar dari neraka jahanam itu.

Atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah, tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.

Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, model dan pelakon terkenal akhirnya menggugat kebahagiaan Izzah dan Hariz. Apakah mereka bermadu?

Filem arahan Osman Ali ini menampilkan pelakon kacak Aaron Aziz sebagai Hariz manakala, Lisa Surihani (Mila). Turut berlakon Maya Karin dan Umie Aida.




Pengakuan salah seorang pelakon dalam filem ini...

“Saya akui sangat gementar sebelum setiap kali ingin memulakan babak ranjang dan mesra itu. Terus-terang, saya ingin lakonkan babak atas katil itu kerana belum pernah saya melakukan babak tersebut sepanjang karier saya. Walaupun pada awalnya terasa pelik dan gementar, tetapi syukur Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar,” katanya -mayakarin-


Islam itu mudah,tapi ramai yang memudahkan Islam sehingga terjadinya hal-hal seperti petikan diatas.

Ucapan Syukur diletakkan bukan pada tempatnya.Inilah KEJAM namanya. Tak salah untuk saya mengatakan dia adalah seorang yang BANGANG!!!!
$#$#@$#@%Y*%%$

fikir-fikirkan lah.............


Wednesday 30 November 2011

Untuk Renungan Kita

Rasulullah S.A.W bersabda : "Aku bimbang ke atas kamu orang-orang yang lebih dahsyat daripada dajjal , bila ditanya siapakah mereka itu? jawab baginda S.A.W , Ulama Sukk.". [Hadith Riwayat Muslim.]

(Maksud ulama' sukk adalah ulama yang memutar belitkan tujuan - tujuan agama yang benar kepada yang batil demi mencapai maksudnya yang tertentu.)

Rasulullah SAW bersabda : " Terdapat 3 jenis penyakit agama :1. Pemerintah yang zalim 2. Ulamak jahat 3. Org jahil tidak sedar dirinya jahil." [Hadith Riwayat Muslim.]

" Rosaknya rakyat kerana pemimpin, rosaknya pemimpin kerana ulama', rosaknya ulama' kerana harta ( kemewahan dunia )" (Imam Al-Ghazali)

Friday 25 November 2011

DOA AWAL DAN AKHIR TAHUN

Maksudnya:

Segala puji hanya bagi Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W. serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.

Ya Allah, sesungguhnya pada tahun ini aku telah melakukan laranganMu tetapi aku masih belum bertaubat sedangkan Engkau tidak reda dan melupai perkara itu. Engkau telah menangguhkan azabMu yang telah ditetapkan kepadaku. Engkau telah memerintahkan supaya aku bertaubat dari keslahan itu. Sesungguhnya pada hari ini aku memohon keampunan dariMu, ampunilah aku dan apa yang telah aku lakukan pada tahun ini yang Engkau redai dan Engkau janjikan pahala maka aku memohonnya daripada Engkau. Ya Allah, ya Karim, ya Zaljalali wal ikram.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.. Segala puji hanya bagi Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam


Maksudnya:

Segala puji hanya bagi Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W. serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.

Ya Allah, Engkaulah yang kekal abadi untuk selama-lamanya. Demi kelebihanMu yang Maha Agung dan kemurahanMu yang melimpah, sesungguhnya pada tahun ini aku memohon kepadaMu perlindungan daripada syaitan yang direjam, dari sekalian kuncunya, tenteranya dan penolongnya. Aku juga memohon perlindungandari nafsu amarah yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan dan melalaikan dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diriku kepadaMu.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad. Segala puji hanya bagi Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam.


Wednesday 23 November 2011

Kita Perlu Blog

Apa yang anda faham tentang blog?

Blog bukan hanya merupakan suatu riadah pemikiran dan tempat kita meluahkan segala perasaan kita. Tetapi blog boleh menjadi medan kepada kita untuk menulis yang baik-baik atau dalam bahasa mudahnya sebagai suatu medan untuk menyampaikan dakwah.

"saya bukan ustazlah". "Ilmu saya tak cukup pun untuk bagi nasihat kepada orang lain "

Ini merupakan suatu persoalan yang biasa kita dengar apabila bercerita tentang dakwah. Kenapa begini?

Sekiranya pemikiran sebegini masih lagi menjajah minda kita, adakah agama Islam dapat tertegak?Siapakah yang layak untuk membawa agama Allah ini?

Memetik kata-kata Hilal Asyraf dalam bukunya batu bata kehidupan "kalau benar hendak menyebarkan Islam seluas mungkin, dua perkara perlu dicantas dalam diri kita iaitu malu untuk meyebarkan perkara-perkara yang baik dan takut nanti apa orang akan kata"

Nak tunggu seseorang sempurna ilmunya,memang sampai kiamat pun kita tidak akan bertemu dengan orang yang sempurna ilmunya. Kita yang mempunyai ilmu yang sedikit ini,seharusnya menyebarkan kepada orang lain.

Nabi pun  pernah bersabda "sampaikanlah walaupun sepotong ayat.

p/s:sama-sama kita ambil manfaat

Monday 21 November 2011

Kembara Ilmiah

Alhamdulillah,pada 17-19 november yang lepas aku telah mengikuti Maximising Islamic Practising Camp anjuran Kelab Amatur Intelektua(KAI) yang bertempat di Kem Saujana.

Walaupun cuma 3 hari, namun semua itu cukup bermakna bagiku. Dan walaupun pada permulaannya yang agak lembap,tetapi, alhamdulillah ending yang cukup menyentuh di hati para peserta.

Tuesday 15 November 2011

Couple vs Cinta

Antara ungkapan yang biasa kita dengar tatkala seseorang dilamun angau percintaan:

"i love u,aku cinta padamu,aishiteimasu,uhibbuki,saranghaeyo,ik houk van jou"
kalaulah arif seribu bahasa, kesemuanya akan diluah sebagai tanda kita cinta kepada seseorang.

Tahukah kita apa itu CINTA??

Cinta dapat diertikan dengan SAYANG atau sebagai sebuah kasih sayang, yang lahir daripada hati dan tulus ikhlas. Fahamkah kita apa itu SAYANG?

Sayang diertikan sebagai menjaga orang yang kita sayangi dari kesengsaraan dan membuat dia bahagia.

Apakah dengan ber'couple' kamu dah menjaga pasangan kamu daripada kesengsaraan? Adakah kamu sayang pasangan kamu, sedangkan kamu melontarkan dirimu dan juga pasangan yang kamu kata kamu cintai itu ke dalam neraka.

"dan janganlah kamu mendekati zina (zina) itu sesungguhnya adalah perkara yang keji dan merupakan satu jalan yang buruk" [Al-Isra' 17:32]

Berpegang tangan,bertentangan mata dan seumpamanya adalah merupakan pencetus kepada terjadinya aktiviti zina. Mana perginya kemurnian cinta andai diletakkan di tempat yang tidak sepatutnya.

Islam tidak menghalang umatnya bercinta. Tapi letakkanlah cinta itu ditempat yang sepatutnya. Janganlah kita bertindak zalim terhadap cinta. kerana cinta itu bersih dan murni.

Jangan campakkan cinta yang murni itu ke dalam LUBANG JAMBAN

Sunday 13 November 2011

Terharu

Semalam suatu perkara yang tak terduga berlaku. Diriku dirai semperna ulang tahun kelahiran yang ke-20.Alhamdulillah.Dah sampai ke alam 20 tahun, tapi masih tak layak nak mengundi..hehe

Apa yang nak dikongsikan disini, pengorbanan sahabat-sahabatku yang meraikan aku di hari semalam amat tersentuh dihati. Mana taknya,lebih 20 orang yang wish depan-depan macam tu,on the spot. Paling tak terkate tu apabila kek yang dorang bagi tu sangat comel dengan ada patung penyu sekor..hehe...TQ korang semua.Sayang korg.

Ucapan daripada family pun agak terharu. Walaupun akak aku ada offer nak bagi hadiah,tapi itu semua tak penting bagi aku. Cukup dengan ucapan bday tu pon dah memadai untuk aku.TQ kakak-kakak dan abang-abang yang wish semalam. Kita mungkin tak dapat bersama untuk sambut,tapi korg masih ingat kat adikmu ini =)

Saturday 12 November 2011

Tibanya aku disini


Maaf andai ada terkasar bahasa,terlanjur bicara dalam persahabatan selama 20 tahun ini.
Halalkan segala makan dan minum =)

Untuk keluarga dan sahabat-sahabat semua, saya doakan anda semua dalam lingkungan Allah selalu.
Saya gembira disamping anda semua.

Friday 11 November 2011

Bahana Permainan Video

Saya tertarik dengan apa yang saya baca di akhbar harian metro hari ini apabila seorang remaja 15 tahun bertindak diluar kawalan terhadap neneknya gara-gara si nenek tertutup plug laptopnya.

Difahamkan bahawa si remaja terbabit sedang bermain game di laptopnya sebelum si nenek tertutup plug. Remaja berkenaan berang dengan tindakan nenek tersebut kerana telah mengakibatkan permainan remaja terbabit tergendala. Remaja terbabit bertindak memaki hamun dengan mengeluarkan kata-kata kesat kepada neneknya dan hampir menetak saudaranya dengan parang akibat ingin menenangkan remaja terbabit.

Sesetengah permainan video mempunyai unsur-unsur ganas yang keterlaluan sehingga ada remaja yang meniru gaya permainan tersebut.-Harian Metro

Thursday 10 November 2011

Bagaimana ujian??

Firman Allah yang bermaksud "Tiap-tiap yang hidup akan merasakan kematian.Kami menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan dan hanya kepada Kami kamu dikembalikan"(Al-Anbiya')

Banyak ayat Al-Quran yang menerangkan kita betapa ujian ini suatu yang tidak boleh lari daripada diri setiap muslim. Mana mungkin kita hanya mengaku beriman sedangkan kita tidak diuji.

Terdapat 4 jenis ujian yang dilalui oleh diri muslim:

1)Ujian dalam mentaati perintah Allah
-Ujian sebegini harus kita ambil cakna dan serius,kerana ujian inilah yang sering dilupakan oleh kita. Kadang kala terdetik dihati sanubari berkenaan dengan amal yang telah kita kerjakan. Andai kata kita riak,kita telah terjerat dengan tipu daya syaitan.

2)Ujian menjauhi larangan Allah
-Ujian ini biasa terjadi dalam kalangan manusia sejagat. Bukan mudah untuk melakukan perkara kebaikan dalam suasana dunia yang penuh dengan lakonan dan pancaroba. Dalam kita melakukan perkara kebaikan,pasti ada perkara keburukan yang singgah untuk memecahkan dinding iman kita. Berhati-hatilah

3) Ujian melalui kebaikan(nikmat)
-Contoh yang selalu kita dengar adalah membabitkan firaun dan qarun. Bagaimana mereka diuji dengan kemewahan dunia sehingga menyekutukan Allah. Sekali Allah menurunkan bala kepadanya,habis hancur segala apa yang telah dibanggakannaya.

4) Ujian melalui keburukan(musibah)
-Firman Allah "dan sungguh Kami berikan cubaan kepadamu dengan sedikit ketakutan,kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan.dan berikanlah berita gembira kepada mereka yang sabar".
kita sering menyalahkan Allah tiap kali kita ditimpa musibah.Tapi adakah kita tahu bahawa seandainya kita sabar, musibah ini dapat mengkafarahkan dosa yang telah kita lakukan selama ini.

*ini adalah untuk pesanan kepada diri sendiri juga

Saturday 5 November 2011

Ngauman Membara part 2

Setelah post ngauman membara mendapat maklum balas yang menarik,saya ingin berkongsi untuk perlawanan suku akhir yang berlangsung pada 31 Oktober 2011.Pada perlawanan ini,skuad UMT telah menentang UITM Malaysia, dimana UITM telah menggabungkan pemain-pemain daripada seluruh UITM.Difahamkan bahawa,terdapat seorang pemain UITM telah menyarung jersi kebangsaan Malaysia.

Ternyata UITM bukan tandingan untuk UMT setelah mudah membenam dengan keputusan 4-0.Walaupun begitu,semangat juang yang ditunjukkan oleh para pemain amat lah dipuji oleh jurulatih skuad UMT.
Skuad bola sepak UMT akan berehat selama beberapa minggu dan akan mempersiapkan diri untuk ke liga IPT nanti yang dijadualkan pada sem hadapan.


Friday 4 November 2011

Berita Gembira Untuk Wanita


Renung-renungkan lah....jangan menyempitkan pemikiran kita dengan hal-hal yang remeh temeh...

sekian....=)

Ngauman Membara


Pada 27 Oktober hingga 4 November lepas,skuad bola sepak UMT telah menyertai pertandingan MASUM CUP yang bertempat di Arau,Perlis.Untuk perlawanan pertama,skuad UMT telah bertemu dengan pasukan USIM,di mana merupakan finalis untuk tahun lepas.Skuad UMT telah berjaya menundukkan pihak lawan dengan jaringan 2-0 hasil jaringan Mohd Azrulhisham Kamal dan Vinodh Elamkovam yang merupakan pelajar jurusan POSESO dan EKONOMI.Kemenangan ini sekali gus melayakkan skuad UMT ke peringkat suku akhir dan bakal berdepan dengan barisan UITM Malaysia.

Tahniah diucapkan kepada barisan-barisan pemain dan jurulatih pasukan.Untuk perlawanan suku akhir akan dipaparkan untuk ruangan akan datang.
Skuad Bola Sepak UMT

Thursday 27 October 2011

Membawa diri


Mungkin seminggu untuk aku meninggalkan laman blog ini.
Mungkin aku tak kan dapat menaip apa-apa diruangan ini
Mungkin aku tidak dapat menjenguk blog-blog sahabat sekalian

Adakah ini post aku yang terakhir?
Adakah ini tulisan aku yang penghabisan?
Adakah ruangan ini dapat memberikan aku manfaat andai aku tiada lagi?
Persoalan yang sedang menghantui aku sekarang ini.

Aku akan berangkat ke negeri Perlis pada malam ini.
Tepat jam 2230, Insyaallah tayar bas akan bergolek keluar dari UMT
Aku akan mengikuti team bola sepak UMT ke UITM Arau untuk MASUM CUP

Doakanlah aku,semoga selamat sampai dan selamat pulang
Insyaallah,kalau diberi peluang,akan ku nukilkan segala perkembangan di Arau nanti

nantikan...........

Pilihan ditangan kita sebenarnya

"Maka allah telah mengilhamkan kepada jiwa itu kefasikan dan ketakwaannya,sesungguhnya beruntunglah orang yang menyucikan jiwa mereka,dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya."
(Asy-Syam;8-10)

Dalam Al-Quran sudah jelas bahawa,tiap keburukan dan kebaikan lahirnya daripada Allah.Namun sejauh mana kita mengambil pengajaran daripadanya.Sebab itulah dalam dunia ini,adanya orang yang melakukan kemungkaran dan ada juga yang melakukan ibadat kepada Allah.

Justeru itu, Allah telah menganugrahkan kepada kita 3 benda yang mana untuk kita membezakan antara yang hak dan batil. 3 perkara tersebut ialah:

  1. Akal
    bertugas untuk membezakan antara yang benar(yang disukai jiwa) atau yang salah(tidak disukai jiwa)
  2. Hati
    bertugas untuk merasa antara yang baik dan yang buruk
  3. Nafsu
    bertugas untuk memilih kesenangan akhirat diatas kesenangan duniawi.
Jadi, 3 perkara ini sangat berkait rapat antara satu sama lain. Andai hanya akal dan hati yang menjalankan tugas dengan baik,namun nafsu tidak dilitakkan pada tempat yang sepatutnya,maka akan terjadilah perkara-perkara yang diluar jangkaan kita semua.

Binalah ikatan antara akal, hati dan nafsu agar kita dapat untuk membezakan yang mana hak dan yang mana batil.Kawallah nafsu,jangan sampai Nafsu menjadi raja kepada kita.Biarlah kita yang menjadi raja kepada nafsu.


Tuesday 25 October 2011

bersuka ria diambang 1 pagi



Seronok...walaupun pukul 1 pagi main, dan habis kira-kira 2.30 pagi,tapi memang berbaloi...hehehe
Sape-sape yang nak lawan tuh,mai lah...
Ada berani kaa???


Saturday 22 October 2011

Syarat pertolongan dari Allah

Firman Allah dalam surah Muhammad ayat ke-7
(wahai orang-orang yang beriman, barangsiapa yang menolong agama Allah,Allah akan menolong mereka dan Allah akan meneguhkan kedudukan kamu)


Ayat diatas jelas sekali menegaskan bahawa Allah akan menolong sesiapa yang menolong dalam agamaNya.Tetapi, ia juga bergantung kepada diri kita sendiri sejauh mana kita mematuhi syarat-syarat untuk mendapatkan pertolongan Allah.


Di antara syarat-syaratnya adalah:


1)Menjaga Makanan


يَاأَيُّهَا النَّاسُ كُلُوا مِمَّا فِي الْأَرْضِ حَلَالًا طَيِّبًا وَلَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُبِينٌ"  (al-baqarah-168)


Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan, kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu.


2)Menjaga Kata-kata


Maksudnya:
'Wahai orang yang beriman! Janganlah kebanyakan daripada sangkaan(supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang, dan janganlah sesetengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat)sudah tentu kamu jijik kepadanya. (patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah;sesungguhnya Allah Penerima taubat,lagi Maha Mengasihani.'
(Surah al-Hujurat:12)



3)Menjaga Pergaulan


Maksudnya:
Dan katakanlah (wahai Muhammad) kepada hamba-hamba-Ku (yang beriman), supaya mereka berkata dengan kata-kata yang amat baik (kepada orang yang menentang kebenaran); sesungguhnya Syaitan itu sentiasa menghasut antara mereka (Yang mukmin dan yang menentang); sesungguhnya Syaitan itu adalah musuh yang amat nyata bagi manusia.'
(Surah al-Israa':53)



Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan Yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang Yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan Yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu).


peegasan Allah berkaitan dengan pergaulan adalah sebagaimana firmanNya dal surah An-Nur ayat ke 30-31.Diantara isi kandungannya adalah;
dan katakanlah kepada laki-laki yang beriman hendaklah mereka menahan pandangan mereka dan memelihara kemaluannya yang demikian itu lebih suci bagi mereka,sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka lakukan(an-Nur 30)


dan katakanlah kepada perempuan yang beriman hendaklah mereka menahan pandangan mereka dan memelihara kemaluannya dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya,kecuali yang biasa nampak daripadanya............(an-Nur31)



Thursday 20 October 2011

Antara 2 "S", mana lebih penting????

Antara Subuh dan Study


Sebagai pelajar di IPTA, sesetengah pelajar belajar sampai larut malam untuk menyiapkan tugasan masing-masing.

Tapi ada kalanya, akibat terlalu lewat tidur kita terlepas solat SUBUH. Sekarang jelaslah tergambar diminda bahawa study lebih penting kalau nak dibandingkan dengan solat.Jika tidak,mana mungkin kita boleh meninggalkan solat subuh sesedap hati begitu saja.

Imam Hassan Al-Banna telah mewasiatkan "apabila mendengar azan maka bangunlah sembahyang serta-merta walau apa jua keadaan sekalipun"

Sebagai student, pandai-pandailah kita membahagikan masa. Jangan kita gadaikan akhirat semata-mata untuk mencari kesenangan dunia yang hanya bersifat sementara sahaja.

p/s:pesanan untuk diri sendiri juga......

Wednesday 19 October 2011

Menuju Ke Final

  Tahniah kepada skuad Terengganu yang telah mencatatkan kemenangan 2-0 di Shah Alam semalam. Akan ku tunggu aksimu di pentas Final.

Walaupun T-team tewas 4-2 digelanggang sendiri,tidak bermakna perjuangan telah tamat.Kita gegarkan orang-orang nogori sabtu nie.Masih ada 90 minit untuk menentukan siapa yang berhak ke final.

Monday 17 October 2011

Cintai Dia Dalam Diam

"jika benar cinta itu kerana Allah maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran Allah kerana hakikatnya ia berhulu dari Allah maka ia pun berhilir hanya kerana Allah"
Cukup cintai ia dalam diam…
bukan karena membenci hadirnya…tapi menjaga kesuciannya bukan karena menghindari dunia…tapi meraih syurga-Nya bukan karena lemah untuk menghadapinya…tapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus dan menyelusup..
Cukup cintai ia dari kejauhan…
karena hadirmu tiada kan mampu menjauhkannya dari cobaankarena hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangankarena hadirmu mungkin saja ‘kan membawa kenelangsaan hati-hati yang terjaga…
Cukup cintai ia dengan kesederhanaan…
memupuknya hanya akan menambah penderitaan menumbuhkan harapan hanya akan mengundang kekecewaan, mengharapkan balasan hanya akan menumbuhkan kebahagiaan para syaitan…
Maka cintailah ia dengan keikhlasan 
karena tentu kisah fatimah dan ali bin abi thalib diingini oleh hati…tapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi…?

…boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat burukbagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. ” (QS. AlBaqarah:216)
“Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, danlaki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), danwanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-lakiyang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yangdituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduhitu). Bagi mereka ampunan dan rezki yang mulia (surga)” (QS.An Nuur:26)
Cukup cintai ia dalam diam dari kejauhan dengan kesederhanaan dan keikhlasan…
karena tiada yang tahu rencana Tuhan…mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan
karena hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikan…serahkankan rasa yang tiada sanggup dijadikan halal itu pada Yang Memberi dan Memilikinya biarkan ia yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya…

“Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga.” (Umar bin Khattab ra.)

Hebatnya Wanita

Kehebatan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan. Perempuan yang hebat adalah:-


1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan.

2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan.

3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan.

4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.

Kehebatan wanita berdiri di atas teguh iman. Seluruh kehebatan yang ada pada Khadijah adalah kehebatan sempurna bagi seorang wanita.

Sabda Rasulullah SAW: “ Sebarkanlah ajaranku walaupun satu ayat ”

Surah Al-Ahzab : Ayat 71
“Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.



*copy and paste

Thursday 13 October 2011

9 Siti Contoh

‎9 Siti patut dijadikan contoh

1) Siti Khadijah
- Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yg melahirkan anak2 Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh org2 kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kpd Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira'.


2) Siti Fatimah
- Anak Rasulullah yg tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kpd suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kdg2 berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah b'kata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.


3) Siti Aishah
- Beliau isteri Rasulullah yg paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dgn Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yg sama.

4) Siti Hajar
- Isteri Nabi Ibrahim yg patuh kpd suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air utk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorg ibu mithali).


5) Siti Mariam
- Wanita suci yg mmg pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yg tinggi sehingga rahimnya dipilih oh Allah s.w.t utk mengandungkan Nabi Isa.


6) Siti Asiah
- Isteri Firaun yg tinggi imannya dan tidak gentar dgn ujian yg dihadapinya drpd Firaun Laknatullah.


7) Siti Aminah
- Wanita mulia yg menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia.


8) Siti Muti'ah
- Isteri yg patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kpd suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat utk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dgn cantik utk tatapan suaminya sahaja.


9 ) Siti Zubaidah
- Wanita kaya dermawan yg menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya utk membina terusan utk kegunaan org ramai hanya niat kerana Allah s.w.t.

* 9 Siti ini adalah petikan drpd kata2 Ustazah Siti Norbahyah Mahmood dlm rancangan Halaqah TV9 bertajuk 'SITI IMPIAN'. Adakah wanita kita tergolong antara Siti2 ini?


Wednesday 12 October 2011

Soal Jawab Dengan Masa


"sejam saya tidak sama dengan sejam anda"-Albert Einstein

Kata-kata yang cukup bingung kita memikirkannya. Kenapa tak sama? Bukankah sejam itu sama sahaja masanya?

Berfikirlah diluar kotak pemikiran. Kata-kata albert einstein dapat dibuktikan pada bila-bila masa.Contohnya mudah...

Sejam orang tido adalah dirasakan sekejap sahaja berbanding dengan sejam orang yang sedang melakukan sesuatu pekerjaan.

Bagi kita sebagai muslim,teori ini dapat dibuktikan lagi dalam alam kubur.Orang yang sering melakukan dosa sentiasa tertunggu-tunggu untuk dibangkitkan kerana tidak dapat menahan lagi akan hukuman yang dilaksanakan ke atasnya.

Tapi bagi mukmim yang banyak beramal didunia, mereka merasakan sekejap sahaja berada di alam kubur kerana mereka hidup dalam keadaan yang senang-lenang di alam kubur tersebut.

“Demi MASA. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali yang beriman dan yang beramal soleh.
Yang berpesan-pesan dengan KEBENARAN. Yang berpesan-pesan dengan KESABARAN”.

Tuesday 11 October 2011

Dalam Kesibukan,Kita Lupa Seseuatu

Manusia bermula dengan perkataan "نسي" yang bermaksud pelupa. Tidak hairanlah jikalau kita terlupa sesuatu dalam kehidupan kita seharian

Berdoa kepada Sang Pencipta kita. Perkara yang tampak mudah dilakukan,tetapi berapa ramai yang menadah tangan  berdoa kepada Allah saat mereka dalam kesenangan?Sedikit sekali.

Bila kita senang,kita banyak cari manusia untuk berkongsi kisah senang kita,tapi kita lupa akan adanya Allah yang sepatutnya kita kongsikan kesenangan kita.

Firman Allah "berdoalah kepadaKu,nescaya akan ku perkenankan"


*p/s:Cuma sekadar peringatan bersama.Teguran untuk diri sendiri juga.

wallahu a'lam


Saturday 8 October 2011

Dalam sibuk kita mencari cinta


Wahai kaum Adam,janganlah kalian tergopoh gapah dalam mencari si Hawa
Kerana Ia sudah tercatat untukmu sejak kamu diciptakan lagi

Wahai kaum Adam,janganlah engkau bimbang jodohmu belom tiba
Kerana orang yang bersabar pasti mendapat sesuatu yang mengembirakan

Wahai kaum Adam,jadilah seorang yang soleh
Kerana Adam yang soleh adalah untuk Hawa yang Solehah

Untukmu Hawa,janganlah sibuk mencari si Adam
Tetapi biarkan lah si Adam yang mencarimu

Untukmu Hawa,janganlah menangis kerana kehilangan si Adam
Tetapi berdoalah agar kamu bertemu dengan Adam yang baik pekertinya

Untukmu Hawa,janganlah engkau tonjolkan dirimu kepada kaum Adam
Tetapi jagalah dirimu sebagaimana mutiara di dasar lautan....



Friday 26 August 2011

undian liga juara-juara


32 pasukan diundi kedalam 8 kumpulan untuk peringkat awal Liga Juara-Juara Eropah 2011/2012. berikut adalah keputusan undian yang dijalankan:

Kumpulan A: Bayern Munich, Villareal, Manchester City, Napoli

Kumpulan B: Inter Milan, CSKA Moscow, Lille, Trabzonspor

Kumpulan C: Manchester United, Benfica, Basel, Otelul Galati

Kumpulan D: Real Madrid, Lyon, Ajax, Dinamo Zagreb

Kumpulan E: Chelsea, Valencia, Bayer Leverkusen, RKC Genk

Kumpulan F: Arsenal, Marseille, Olympiacos, Borussia Dortmund

Kumpulan G: Porto, Shakhtar Donetsk, Zenit St. Petersburg, APOEL

Kumpulan H: Barcelona, AC Milan, BATE Borisov, Viktoria Plzen

Tuesday 16 August 2011

ujian di bulan ramadhan

salam ramadhan...

Hai nie ada 2 perkara yang berlaku keatas diriku...hehehe...1 yang baik dan satu yang tak berapa nk baik...

yang baik nyer,aku dapat g bazar ramadan buat kali pertama untuk tahun ini..hehe...syukur sangat2..sebab ape...kat luar sana masih ramai lagi yang tak pernah pergi bazar ramadhan untuk tahun nie...

tapi malangnya,walaupon bulan ramadhan,tapi perwatakan ramai manusia masih lagi seolah2 tidak menghormati bulan yang mulia ini..mereka dengan beraninya mendedahkan apa yang tak sepatutnya mereka dedahkan.inilah realiti masyarakat hari ini,masih lagi mengambil remeh tentang aurat...

yang keduanya,perkara yang tak berapa nak baik aku terima hari ini.......jeng jeng jeng....

aku excident...ihihihi..dugaan di bulan pose la nie...alhamdulillah...tuhan menguji aku pada hari ini..mungkin kerana dosa aku,atau mungkin untuk menguji keimanan aku...firman Allah,
"apakah kau mengatakan yang kamu sudah beriman sedangkan kamu tidak diberi ujian?"

namun aku bersyukur,sebab aku tidaklah mengalami sebarang kecederaan yang serius...punca excident tuh sebab motor yang aku boncengi tuh,pancit secara tibe2...namun aku tetap bersyukur...

assalamualaikum.....

Sunday 14 August 2011

FACEBOOK vs BUKU_BUKU ILMIAH

Masuk minggu nie rasanya,dah lebih sebulan buku FIQH AL-SIRAH karangan Muhammad Sa'id Ramadhan Al-Buti berada di tangan aku.Betapa susahnya nk menghabiskan satu jilid daripada buku nie.Kenapa erk?aduhh...

Kalau facebook tu,sehari lebih rsenya s jam dihabiskan untuknya.Betapa tak adilnya aku.Padahal sekarang nie di bulan ramadhan.syaitan dah takde.nie semua gara-gara cik nafsu yang bersarang dalam diri aku nie..hehehe

Tapi,aku nie memang seorang yang kurang membaca sikit.sebab tu lah di bulan yang mulia nie,aku nak tanamkan sifat membaca tu.hehe..supaya bertambah ilmu di dada.

aku harap aku dapat habiskan buku nie sebelum raya.hehe...dah ah merepek.....=)

assalamualaikum

Friday 12 August 2011

rahsia Al-kahfi

Khadri r.a meriwayatkan bahawa Rasullullah s.a.w bersabda"barangsiapa yang membaca surah al-kahfi(dengan huruf dan pembacaan yang betul) sebagaimana ia diturunkan,maka surah itu akan menjadi cahaya di hari kiamat  daripada tempat tinggalnya sehinnga ke Mekah dan barang siapa yang membaca sepuluh ayat yang terakhir daripadanya,kemudian dajjal keluar,dajjal tak adak dapat menguasainya"(HR Mustadrak Hakim)

Jom ber al-kahfi di pg jumaat nie...

wssalam...


Thursday 11 August 2011

Sayyida Nafisa-nama yang aku baru tahu


Sejarah Islam hanya mencatat sedikit saja nama ulama perempuan. Kita lebih mengenal nama ulama lelaki daripada perempuan. Malah, kita juga lebih mengenal Syafii, Hanafi, Hanbali, Maliki, dan banyak lagi. Tapi tak pernah mendengar dari siapa mereka belajar.
Populariti ulama perempuan tenggelam di sebalik karisma mereka yang belajar darinya. Walhal tak ada hilir jika tak ada hulu. Tak kenal maka tak sayang. Kita memang tak tahu mereka. Jadi, bagaimana kita menyayanginya?
Ada satu nama, Sayyida Nafisa namanya. Darinya Syafii memperoleh pengajaran ilmu fiqh, Quran dan hadis. Pendiri salah satu dari empat mazhab. Ia menyusul cucu Imam Hasan Ali Abi Thalib, lima tahun setelah perempuan itu berada di Kaherah, Mesir. Tapi nama Sayyida Nafisa seolah tak dikenal umat Islam. Mereka hanya tahu Syafii, pendiri mazhab Syafii.
Sayyida Nafisa lahir di Madinah pada tahun 145 Hijriah. Ia keturunan langsung Nabi Muhammad SAW melalui cucu beliau Imam Hasan. Putera pasangan Imam Ali dan Sayyida Fatimah itu memiliki seorang anak bernama Zaid, dan selanjutnya Zaid mempunyai anak bernama Hasan al-Anwar, ayah Nafisa. Jadi, Hasan al-Anwar adalah cucu Imam Hasan.
Kerana itu, wajar jika Sayyida Nafisa juga mewarisi kecerdasan sekaligus kefasihan berbicara. Dari keluarganya, ia memperoleh pengetahuan tentang Islam. Pendeknya jalur kekeluargaan serta kehidupan keseharian yang ia jalankan membuat wawasannya tentang al-Ouran dan hadis Nabi sangat luas.
Nafisa kecil selalu dibawa ayahnya ke Masjid Nabawi untuk shalat dan bermunajat. Hasan Al-Anwar yang sempat menjadi gabenor Madinah biasa berlama-lama di makam datuknya Muhammad SAW. Nafisa kecil mendampingi tiap kali ayahnya ke Al Haram. Kala itu usianya masih kecil. Ia masih dituntun menuju makam Rasul sampai usianya enam tahun.
Hasan Al-Anwar kerap memperkenalkan anaknya pada Rasulullah. ”Ya Rasulullah, ini aku datang bersama puteriku Nafisa.” Kunjungan itu ia lakukan terus sampai satu kali ia bermimpi berjumpa datuknya yang mengatakan senang berjumpa Nafisa. Rasulullah dalam mimpi Hasan mengaku senang pada Nafisa kerana Allah juga menyukainya.
Kebiasaan semasa kecil terbawa terus. Nafisa menjadi perempuan yang rajin belajar dan terus-menerus beribadah di masjid. Kerana itu tak hairan jika sejak kecil ia telah menghafaz Al-Quran dan mengerti hukum Islam sejak belia lagi. Melanjutkan tradisi keluarga Rasul, ia juga terbiasa bermunajat di makam Rasul.
Kefasihan bicara, penguasaan ilmu yang baik serta kekhusyukannya beribadah menjadikan Nafisa rujukan penduduk Madinah yang hendak bertanya. Perempuan yang sangat zuhud dan alim ini segera disukai penduduk Madinah.
Ia kemudian punya beberapa gelar antara lain Nafisat Al Ilm wal Ma’rifat, Nafisat Tahira (wanita suci), Nafisat Al Abida (Nafisa ahli ibadah), Nafisat Al Darayn, Sayyidat Ahlul Fatwa, Sayyidat Al Karamat dan Umm Al Awaajiz. Kesemuanya itu merujuk pada kehidupan dan keulamaannya.
Diusia 16 tahun, Nafisa menikah. Ia disunting Ishaq Mu’taman, keturunan langsung Imam Husain, saudara Imam Hasan putra Imam Ali dan Sayyida Fatimah. Dari pernikahan ini, Nafisa memiliki dua anak Al Qasim dan Ummu Kaltsum.
Menikah, tak menjadikan perempuan ini menarik diri dari kegiatan belajar dan mengajar. Kerana memang itu pesan yang disampaikan datuknya Muhammad SAW. Ia juga berangkat ke Makkah untuk ibadah haji. Dan ia memilih jalan kaki sementara yang lain berkendaraan unta. ”Aku malu pada datukku Muhammad bila pergi ke Makkah berkendaraan.” Begitu dia memberi alasan.
Saat berusia 44 tahun, Sayyida Nafisa hijrah ke Mesir. Tak ada penjelasan mengapa ia pindah ke negeri di seberang benua itu. Namun sebelum ia tiba, simpati masyarakat telah diperolehnya. Masyarakat Mesir sangat menghormati ulama perempuan keturunan Rasulullah SAW. Saat datang, Sayyida Nafisa disambut bak puteri. Ia diarak dengan lagu-lagu shalawat.
Putri Hasan Al-Anwar ini lantas tinggal di kediaman Jamaluddin Abdullah Al Jassas, rakannya yang orang Mesir. Tiap saat rumah ini selalu dikerumuni orang. Mereka datang untuk belajar, meminta doa, bertabarruk, atau ikut beribadah.
Merasa tak enak hati dengan pemilik rumah, Sayyida Nafisa pindah ke rumah temannya Ummu Hani yang sekarang berada di daerah al Hasaniyya. Namun kepindahan tak membawa perubahan. Umat Islam Mesir dari berbagai pelosok masih mengunjunginya.
Pada akhirnya, Sayyida Nafisa merasa terganggu kekhusyukan dalam berdoa. Rumahnya selalu ramai. Sementara tak mungkin menolak permintaan masyarakat yang datang meminta doa, ia merasa kehilangan waktu untuk berdua saja dengan Sang Pencipta, atau saat ia hendak berbicara dengan datuknya Rasulullah SAWW.
Perempuan ini menyerah. Ia memutuskan untuk kembali ke Madinah Al Munawwarah. Namun, keputusannya mengecewakan rakyat Mesir. Melalui gabenor Mesir, mereka memohon salah satu keturunan Nabi itu tak meninggalkannya. Umat Islam Mesir memerlukan bimbingannya. Mereka merasa kehadiran Sayyida Nafisa membawa berkah.
Lagi-lagi ia tak dapat mengelak. Sayyida Nafisa mengalah. Ia tak mungkin meninggalkan masyarakat yang begitu mencintainya. Ia memutuskan untuk tinggal. Tentu masyarakat Mesir bersukaria
Sebagai rasa terima kasih, gabenor Mesir kala itu Sirri bin Hakam menghadiahkan sebuah rumah di tempat lain. Rumah itu berada di lahan yang lebih besar. Dengan begitu kerumunan dapat ditampung. Ia juga boleh mengatur waktu untuk bermunajat, mengajar dan menerima kunjungan. Pada akhirnya ia menerima masyarakat pada hari tertentu. Selebihnya adalah waktu peribadi untuk ibadah dan mengajar.
Di rumah baru itu kemudian Sayyida Nafisa menerima murid. Ia khusus mengajar hukum Islam, Al-Quran dan hadis. Salah satu muridnya yang kemudian sangat terkenal adalah Syafii. Syafii datang lima tahun setelah Nafisa tiba di Kaherah. Murid lain yang juga menjadi besar adalah Utsman bin Said Al Misri, Dzun Nun Al Misri, dan Masri Al Samarkandi.
Syafii dan Sayyida Nafisa lantas berkerjasama. Mereka mengelola majlis pembelajaran itu bersama. Di tempat Sayyida Nafisa, Syafii boleh tinggal enam jam dalam sehari. Ia mengajar ilmu kalam, figh dan tafsir.
Syafii juga memimpin shalat di markas Sayyida Nafisa. Gurunya itu akan menjadi makmum dan berdiri di belakang. Sampai saat sakitnya, Syafii masih berkunjung ke rumah Sayyida Nafisa. Ia meminta doa. Dan saat tak mampu lagi berjalan, ia mengirim muridnya untuk duduk di majlis yang dipimpin Sayyida Nafisa.
Si murid lantas menyampaikan salam Syafii. ”Saudara sepupumu ini tengah terbaring sakit. Doakan aku agar segera sembuh.” Begitu pesan yang dititipkan Syafii buat guru Sayyida Nafisa. Sampai satu saat, Sayyida Nafisa mengatakan kepada orang yang dipesan kata-kata ‘Mudah-mudahan Allah akan bertemu dengannya. Sebuah pertemuan yang teramat baik.’
Pesan tersebut dimaknai Syafii sebagai pertanda bahawa saat kematiannya telah dekat. Ia lantas mengirimkan lagi utusan yang menyampaikan permohonan terakhir agar Sayyida Nafisa berkenan mensolatkan jenazahnya setelah ia meninggal.
Sayyida Nafisa mensolatkan Syafii di rumahnya, tempat mereka biasa mengaji bersama. Jenazah Syafii dibawa ke rumah Sayyida Nafisa untuk disolatkan.
Ulama yang satu ini hidup sebagai seorang sufi. Diriwayatkan ia hanya makan sekali tiap tiga hari. Ia bahkan menyalurkan lagi hadiah yang diberikan gabenor Mesir berupa wang kepada orang miskin di sekitarnya. Apapun yang dihadiahkan kepadanya akan ia sebar lagi kepada mereka yang memerlukannya. Ia lebih rela memilih hidup miskin meski mampu untuk hidup mewah.

Tuesday 2 August 2011

awas lelaki...

“Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang Ananah, yang Mananah, dan yang Hananah, dan jangan engkau kahwini yang Hadaqah, yang Baraqah dan yang Syadaqah.”


Wanita ANANAH:banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.


Wanita MANANAH:suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering menyatakan, “Aku membuat itu keranamu”.


Wanita HANANAH: menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.


Wanita HADAQAH: melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.


Wanita BARAQAH: ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya.


Wanita SYADAQAH: banyak cakap tidak menentu lagi bising.

Dicatat oleh Imam Al-Ghazalli

Read more: http://www.resepirahsiaku.com/2009/07/jenis-jenis-wanita.html#ixzz1Tp1bxfmA