Tuesday 15 November 2011

Couple vs Cinta

Antara ungkapan yang biasa kita dengar tatkala seseorang dilamun angau percintaan:

"i love u,aku cinta padamu,aishiteimasu,uhibbuki,saranghaeyo,ik houk van jou"
kalaulah arif seribu bahasa, kesemuanya akan diluah sebagai tanda kita cinta kepada seseorang.

Tahukah kita apa itu CINTA??

Cinta dapat diertikan dengan SAYANG atau sebagai sebuah kasih sayang, yang lahir daripada hati dan tulus ikhlas. Fahamkah kita apa itu SAYANG?

Sayang diertikan sebagai menjaga orang yang kita sayangi dari kesengsaraan dan membuat dia bahagia.

Apakah dengan ber'couple' kamu dah menjaga pasangan kamu daripada kesengsaraan? Adakah kamu sayang pasangan kamu, sedangkan kamu melontarkan dirimu dan juga pasangan yang kamu kata kamu cintai itu ke dalam neraka.

"dan janganlah kamu mendekati zina (zina) itu sesungguhnya adalah perkara yang keji dan merupakan satu jalan yang buruk" [Al-Isra' 17:32]

Berpegang tangan,bertentangan mata dan seumpamanya adalah merupakan pencetus kepada terjadinya aktiviti zina. Mana perginya kemurnian cinta andai diletakkan di tempat yang tidak sepatutnya.

Islam tidak menghalang umatnya bercinta. Tapi letakkanlah cinta itu ditempat yang sepatutnya. Janganlah kita bertindak zalim terhadap cinta. kerana cinta itu bersih dan murni.

Jangan campakkan cinta yang murni itu ke dalam LUBANG JAMBAN

No comments:

Post a Comment