Friday 25 March 2011

Duhai Sahabatku Semua...

assalamualaikum semua....dah lame rasenya tak update blog...huhu~

tadop nape pon yang nk dikongsi sebenarnya,tapi tgn gatal nak menulis...

diri ini tak lame...jd,aku mengambil ruang mase yang ade ini,memohon ribuan kemaafan bt semua kenalanku,baik yang rapat ataupon yang tak pernah aku bertegur sapa....

seminggu ini,aku merasakan,ade sesuatu yang tak kene dgn diri ku...mgkn aku ade melakukan kesilapan terhadap kawan2ku semua....kalau aku ade melakukannya,kalian maafkan lah aku...aku hanya lah insan yang serba kekurangan....

mgkn ramai dalam kalangan kalian yang tidak menyukai tutur kata ku...tapi,kadang2 aku tak sedar ape yang aku ucapkan terhadap kalian semua...

=)....aku mampu tersenyum....kalau ade org yang mengkritik aku..kenapa?
kritikan biasanya akan merubah seseorang....

wallahu a'lam

Wednesday 23 March 2011

DINER DATANG LA WEHH


'GRAND DINNER' & ''GRAND MUNGKAR.!!!.'' Bismillahirrahmanirrahim..... “Sesiapa di kalangan kamu yang melihat kemungkaran hendaklah dia mencegahnya dengan tangan, siapa yang tidak mampu, cegahlah dengan lidahnya dan siapa tidak mampu dengan lidahnya, cegahlah dengan hatinya, yang demikian itu adalah selemah-lemah iman” .(Riwayat Muslim dari Abi Said Al-Khudri) Okey,.LIKE.......... kita sudah memasuki saat-saat di penghujung sem,sudah pasti kebanyakan organisasi pelajar pulun menyiapkan satu majlis yang dinamakan 'GRAND DINNER. Eloklah kita berbincang perkara ini terlebih awal bagi memastikan mereka tidak tersengaja menukarkan majlis mereka menjadi ‘GRAND MUNGKAR.!.’. Tema menjadi perkara wajib untuk dibincangkan dalam suatu grand dinner. Selalunya yang menjadi pilihan selalunya adalah yang ‘unik’ dan ‘luar biasa,Tema yang sering dipilih sejak akhir-akhir ini agak merapu dan secara ‘kebetulan’ pula menyamai penampilan kaum kuffar dan yahudi terlaknat. FESYEN dan Pakaian akibat daripada tema yang terpilih terlampau agak unik, sudah menjadi satu kerja pula hendak memadankan dengan pakaian. Maka dengan itu, ramai bersusah payah hendak mencari pakaian yang sesuai.dengan harga beratus-ratus, tambah pula ianya hanya boleh dipakai semasa grand dinner sahaja.Bagi mereka inilah peluang yang susah ditemui, apa salahnya sekali sekala, setahun sekali pula. Tidak syak lagi, walau apa pun alasan.Dan paling menggusarkan adalah mereka yang memakai pakaian yang berlebih-lebihan ini sering menjuarai anugerah yang mereka panggil King & Queen. 'Terima kasih' buat mereka yang menggalakkan orang ramai berpakaian sedemikian.anda dipertanggungjawab sepenuhnya untuk menjawab dihadapan Allah diakhirat kelak.NANTIKAN saatnya.! Persembahan Tarian pula mengikut edaran zaman dan mengikut populariti terkini.Lebih-lebih kaum perempuan diberi ‘tiket’ untuk menunjukkan bakat terpendam mereka sekaligus mampu menarik perhatian ramai. Buktinya, apabila tamat persembahan, satu dewan gamat bersorak tanda restu mereka!Tampilnya muslimah untuk menyanyi dan menari di pentas bererti menampilkan dirinya untuk memfitnah atau difitnah, juga bererti menempatkan dirinya dalam perkara-perkara yang haram. Sesi bergambar Sesetengah daripada mereka di antara lelaki dan perempuan sudah tidak ada ‘dinding’, bagaikan suami isteri pula.kemudian menjadi rutin pula menyebarkan segala bagai gambar kenangan ke dalam rangkaian sosial seperti facebook, blog dan sebagainya. Kita bimbang apabila individu terbabit tergolong dalam kategori penyebar dosa dan pembuka aib.Maka, selepas ini kita nilaikan semula sebarang grand dinner yang hendak kita anjurkan.janganlah dengan program yang dianjurkan makin menambah dosa kepada kita,terutama kepada organisasi yang menganjurkannya dan pengarah program yang memegang amanah yang sangat besar dan tanggunjawab yang berat.sedarlah duhai sahabat yang disayangi,sebelum anda MATI,!!meninggalkan dunia yang fana ini,kamu akan dipertanggungjawabkan apa yang telah kamu lakukan diakhirat kelak.!Kita hendak meraikan para senior, bukan hendak meraikan maksiat. Kita hendak melangsungkan grand dinner, bukan grand mungkar!.wallahualam..

Tuesday 22 March 2011

nasihat Luqman Al-hakim kepada anaknya....

assalamualaikum semua.....nie bkn lah karangan yang saye,tapi saya ambil dan pastekan dekat sini untuk tatapan semua yang melawat blog ini.....

1 – Wahai anakku, elakkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu akan menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.

2 – Wahai anakku, sekiranya ibubapa mu marah kepadamu kerana kesilapan yang telah kamu lakukan, maka kemarahan ibubapamu adalah seperti baja untuk menyuburkan tanam tanaman.

3 – Wahai anakku, jika kamu mahu mencari kawan sejati, maka ujilah dia terlebih dahulu dengan berpura pura membuatkan dia marah padamu. Sekiranya dalam kemarahan itu dia masih mahu menasihati dan menginsafkan kamu, maka bolehlah kamu mengambil dia sebagai kawan. Jika berlaku sebaliknya maka berwaspadalah kamu terhadapnya.

4 – Wahai anakku, bila kamu mempunyai teman karib, maka jadikanlah dirimu padanya sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Sebaliknya biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu.

5 – Wahai anakku, jagalah dirimu supaya tidak terlalu condong kepada dunia dan hatimu selalu disusahkan olah dunia saja kerana kamu diciptakan Allah bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunia.

6 – Wahai anakku, janganlah kamu ketawa jika tiada sesuatu yang menggelikan, janganlah kamu berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah kamu bertanya sesuatu yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia siakan harta mu pada jalan maksiat.

7 – Wahai anakku, sesiapa yang bersifat penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yang pendiam akan selamat daripada mengeluarkan perkataan yang sia-sia, dan sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya dari berkata kotor tentu dia akan menyesal kelak.

8 – Wahai anakku, bergaullah dengan orang yang soleh dan berilmu. Bukalah pintu hati mu dan dengarkanlah segala nasihat dan tunjuk ajar darinya. Sesungguhnya nasihat dari mereka bagaikan mutiara hikmah yang bercahaya yang dapat menyuburkan hatimu seperti tanah kering lalu disirami hujan.

9 – Wahai anakku, sesungguhnya dunia ini bagaikan sebuah kapal yang belayar di lautan yang dalam, banyak manusia yang karam ke dalamnya. Jika engkau ingin selamat, maka belayarlah dengan kapal yang bernama ‘taqwa’, isinya ialah ‘iman‘ dan layarnya adalah ‘tawakkal kepada Allah’.

10 – Wahai anakku, jika kamu mempunyai dua undangan majlis, iaitu majlis takziah kematian atau majlis perkahwinan, maka utamakanlah majlis kematian, kerana ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri majlis perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada keseronokan duniawi sahaja.

11 – Wahai anakku, janganlah kamu terus menelan apa sahaja yang kamu rasa manis janganlah terus meludah sahaja apa yang kamu rasa pahit, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kelemahan.

12 – Wahai anakku, janganlah kamu makan sampai kenyang yang berlebihan, kerana sesungguhnya adalah lebih baik jika bahagian dari yang kenyang itu diberikan kepada anjing sahaja.

13 – Wahai anakku, janganlah kamu menjadi lebih lemah dari seekor ayam jantan, kerana ia telah berkokok pada waktu pagi hari sedangkan kamu pada waktu itu masih terbaring di atas katilmu.

14 – Wahai anakku, jangan kamu melantik seseorang yang bodoh menjadi utusanmu. Jika tiada siapa yang lebih cerdas, pintar dan bijak maka sebaiknya dirimu sendirilah yang menjadi utusan.

15 – Wahai anakku, orang yang bersedia untuk mendengar nasihat dan bimbingan dari orang yang lebih alim, maka dia layak untuk mendapat penjagaan dari Allah tetapi bagi orang yang insaf setelah menerima teguran maka dia lebih layak untuk mendapat kemuliaan dari Allah.

16 – Wahai anakku, orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kepada Allah, maka dia tawadduk kepada Allah, dia akan lebih dekat kepada Allah dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada Allah.

17 – Wahai anakku, seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal hal yang tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang tidak mahu mengerti.

18 – Wahai anakku, kamu telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yang amat berat, tetapi akan lebih lagi daripada semua itu, adalah bilamana kamu mempunyai jiran yang jahat.

19 – Wahai anakku, jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yang berbahaya.

20 – Wahai anakku, bukanlah satu kebaikan namanya bila mana kamu selalu mencari ilmu tetapi kamu tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yang mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.

21 – Wahai anakku, jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yang tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya yang akan mendatangkan cela pada dirimu.

22 – Wahai anakku, ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain. Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.

23 – Wahai anakku, apabila kamu menghampiri kediaman sesuatu kaum, ucaplah salam. Kemudian duduklah ditempat yang telah disediakan oleh mereka. Jangan mulakan perbualan sehingga mereka mulakannya. Sekiranya mereka suka berzikir maka sertailah mereka, jika sebaliknya maka jauhilah mereka dan sertailah kelompok lain.

24 – Wahai anakku, bertakwalah kepada Allah, orang lain tidak akan tahu engkau takut kepada Allah s.w.t hanya untuk dihormati, sedangkan hatimu menyimpang daripada kebenaran.

25 – Wahai anakku, janganlah engkau terlalu menyayangi orang jahil kerana dia akan menganggap kamu bersetuju dengan perbuatannya. Janganlah engkau menghina sesuatu yang dibenci oleh orang bijaksana kerana dia akan terus meninggalkanmu.

26 – Wahai anakku, ketahuilah bahawa kekuasaan berada pada mulut orang-orang yang bijaksana. Mereka tidak berkata-kata melainkan dengan apa yang dikurniakan Allah s.w.t

27 – Wahai anakku, janganlah engkau menyesal kerana berdiam sahaja. Sesungguhnya percakapan itu berharga perak, sedangkan berdiam diri berharga emas.

28 – Wahai anakku, hindarilah dirimu daripada kejahatan, nescaya ia akan menjauhimu. Sesungguhnya kejahatan itu untuk sejahat-jahat makhluk.

29 – Wahai anakku, pilihlah majlis-majlis yang mengingati Allah, sertailah mereka, sekiranya engkau seorang yang berilmu engkau dapat memanfaatkan ilmumu. Sekiranya engkau seorang yang bodoh mereka akan mengajarmu. Allah akan merahmatimu dan juga mereka. Wahai anakku janganlah engkau menyertai majlis-majlis yang tidak mengingati Allah, sekiranya engkau seorang yang berilmu, engkau tidak dapat memanfaatkannya. Sekiranya engkau seorang yang bodoh, engkau akan bertambah bodoh. Allah akan murka kepadamu dan kepada mereka.

30 – Wahai anakku, janganlah engkau makan makanan yang tidak bersih. Bermesyuaratlah dalam urusanmu yang berbentuk ilmu.

31 – Wahai anakku, janganlah beriri hati dan tanding menandingi kerana ia meluaskan medan pertumpahan darah orang yang beriman. Pertumpahan darah dianggap oleh Allah sebagai pembunuhan, bukan kematian.

32 – Wahai anakku, sesungguhnya kebijaksaaan itu meletakkan orang miskin pada taraf raja-raja.

33 – Wahai anakku, hendaklah kamu ingat kebaikan orang dan lupa kejahatan orang. Dan hendaklah kamu lupa kebaikan kamu terhadap orang dan ingatlah kejahatan yang kamu lakukan kepada orang.

Saturday 19 March 2011

suke suki

assalamualaikum semua pengunjung blog nie....tade pape pon nk kongsi...saje terase jer tangan nie nk menaip blog nie....
gnie jelah,aku cerite jelah kat korg ape yang aku bt semalam...

semalam aku ade meting jap....pas jer meting,ak trus g main futsal kat JEMBAL tuh...lbeh kurg pkl 11.35 mase tu....aku ttahu dah lewat,tp aku tak peduli,sbb nie ajakan drpd kawan2 skolah aku dulu

punya lah lame aku tak jumpe mereka...dan semalam dapat jumpa terasa lega ah sket walaupon hanya sekejap...laps main ftsal tuh,aku g lepak2 jap mnum air kat warung...borak punya borak,jam dah pkl 1...


aku pon msuk la hostel..ingatkan nak panjat jer pagar hostel tuh,tp pak guard plak ddk depan pagar tuh...terpakse lah aku jadi budak yang baik,masuk ikot saluran yang btol..nsib ah member aku yang hantar,kalau aku jalan kaki,habis ah...dah ah letih...

sampai kat bilik,aku tgk rumate aku tak tido lagi...aku borak ah kejap...sedar2 dah pkul 2...aku pon nk tido ah....tetiba aku tersedar yang aku blom lagi basuh baju untuk pakai keesokan harinya...kelam kabut aku pegi basu...dgn harapan baju tu akan  kering lah..hahahhaha...

pagi nye sudah tiba,aku bersyukur,baju ku hanya lembap sedikit saje....hehehhe....dlm hati,tak sia2 aku basuh semalam....pagi nie aku akan k polisas..utk lawan bola...liga ipt...aku berdoa agar team UMT nie meng lah....hehehhehe.....

dan sekarang,aku masih menunggu kehadiran bas utuk mengambil aku ke sane...sekian...

wallahu a'lam....

Friday 18 March 2011

kelebihan hari yang bernama JUMAAT





6 Kelebihan Hari Jumaat:Selamat Hari Jumaat!

1. Berlakunya hari kiamat.

Ya, Jumaat merupakan hari yang selalu dikaitkan dengan berlakunya hari kiamat. Dalam suatu hadis riwayat Muslim, Nabi SAW ada menyebut bahawa, “Pada hari Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.”

2. Nabi Adam diciptakan dan dia juga disingkirkan dari syurga.

Hari Jumaat memang istimewa. Hari ini nabi Adam diciptakan, dan hari ini jugalah beliau diturunkan daripada syurga.

Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam a.s. diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.”

3. Penghulu segala hari.

Saya suka sebut Jumaat ni special. Kenapa ya? Jumaat ini adalah hari yang sangat-sangat istimewa kerana agama kita sendiri yang meletakkan Jumaat itu ketua dan lebih sedikit ganjarannya berbanding hari-hari yang lain.

Dalam suatu hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).”

4. Selamat dari fitnah kubur bagi yang mati pada hari Jumaat.

Menurut Nabi SAW, “Tidak seorang muslim yang mati pada hari Jumaat atau pun malam Jumaat, melainkan diselamatkan Allah daripada fitnah kubur.”

Jadi, sama-samalah kita berdoa moga-moga Allah memilih kita di kalangan manusia-manusia yang diberikan kelebihan oleh Allah ini.

5. Kebaikan dengan memotong kuku.

Peliharalah kebersihan anda. Kalau boleh, Jumaat ni bagi lebih-lebih lagi. Mana yang dah lama tak potong rambut, maka potonglah. Kasi kemas. Kalau kuku dah rasa mula nak panjang, hah potonglah.

Ibnu Masud berkata, “Sesiapa yang memotong kuku pada hari Jumaat, Allah akan menyembuhkannya daripada penyakit dan memberikannya keselamatan.”

6. Makbulnya doa di antara dua khutbah.

Yang ini pun kita dah selalu dengar. Daripada zaman sekolah lagi mungkin ramai yang telah diberitahu akan perkara ini. Baca doa ketika imam sedang duduk antara dua khutbah selalunya makbul doanya tu. Ya, kan?

Banyak ulamak yang berpendapat bahawa makbulnya doa yang dibaca di antara dua khutbah, iaitu ketika imam sedang duduk antara khutbah pertama dan khutbah kedua.

Ini berdasarkan hadis daripada Abu Hurairah yang bermaksud, “Pada hari Jumaat ada satu saat yang bertepatan dengan orang Islam ketika dia sedang sembahyang, di mana tatkala ia berdoa maka doanya itu akan dimakbulkan.” Dan rasulullah menunjukkan isyarat tangannya yang membawa maksud sedikit sahaja waktu itu.

Abi burdah bin Abi al-Amusa al-Asy’ari r.a berkata bahawa beliau pernah mendengar bahawa Abdullah bin Umar r.a pernah mendengar bahawa Rasulullah pernah menjelaskan bahawa waktu yang paling mustajab itu adalah waktu antara imam duduk di atas mimbar sehingga solat selesai didirikan



kempunan

pagi nie,aku merasa kan hendak joging,tetapi malang nyer,perancangan aku tak sehebat perancangan dari Allah...ditakdirkan hari nie hujan pula di pagi hari....inilah yang harus kite ambil teladan...

nmpak tak de pape,tapi hakikatnya,maha berkuasa Allah taala,mampu merubah semua perancangan yang telah kita buat...dalam konteks kehidupan kite seharian,kite diajar agar bersangka baik terhadap Allah,sang pencipta kita,kerana dengan nikmat yang tak terhingga ini,kita mampu untuk berdiri dibumi yang telah tersedia untuk kite ini....

ceramah ke eh???
tade ah...saje jer nk tulis,tade nape nk tulis dah....

tapi itulah yang nk dikatekan sekarang...sebagai contoh...sepasang couple...adakah mereka akan bersama suatu hari nnt?atau adakah mereka akan putus hubungan persahabatan??berpada-padalah dalam menyayangi orang yang berlainan jantina...

sayangilah sesuatu itu dengn sekadarnya,kerana boleh jadi ia akan kamu benci suatu hari nanti,dan bencilah sesuatu itu dengan sekadarnya,kerana boleh jadi ia akan kamu sayangi suatu hari nanti...

sekadar renungan....ambek yang baik,buang jauh2 yang buruk.....aku tetap diriku......wsalam

Monday 14 March 2011

JOM BERFIKIR

assalamualaikum semua....

kite jumpe lagi yep disini...alhamdulillah syukur sbb Allah masih bagi kite nikmat weh....udare yang kite sedut tu pon nikmat jugak....xley bayang ah kalau udara tu pon Allah suruh kite bayar...mesti tak terbayar ah...btol dop ape aku kate??hhehehe.....

eh...aku bkn nk ceramahlah...maaf semua yep...gnie...hari tu aku pegi selongkar kat 1 group nih..tetiba,aku jumpalah dengan cik artikel nih...menarik dan ringkas care dia sampaikan...hope la sgt kan semua dapat bace..hehhehe....

kisahnya bermula...............................

Kisahnya mengenai 3 org, Syafiq, Safura dan Muhammad. Syafiq dan Safura sama-sama belajar di SAM Bestari. Beberapa lama kemudian, Syafiq jatuh hati pada keayuan Safura. Matanya mengalahkan Zinnirah. Wajahnya berseri-seri dengan cahaya keimanan. Pergh!! Cantik sangatlah jika nak diceritakan. Tetapi, Syafiq cuba tahan. Dia tidak boleh meluahkan perasaan dia pada Safura sebab nanti takut kena tangkap dengan ajk pencegah maksiat sekolah.

beberapa tahun berlalu...Akhirnya, apabila Syafiq berada di Tingkatan 5, dia sudah tidak mampu bertahan. Dia mengatur langkah dan akhirnya, Safura tewas pada pujuk rayunya. Walaubagaimanapun, mereka ini sedar yang mereka orang Islam. Islam tidak membenarkan umatnya ber’couple’. Jadi mereka berpakat yang mereka ini hendak membuat satu revolusi dalam couple. "COUPLE ISLAMIC". Asal keluar, pergi tempat terbuka. Tak mainlah tempat gelap-gelap ni. Bukan itu sahaja, Safura kena pakai tudung labuh. Syafiq pula pakai serban dan jubah. Lepas itu mereka keluar bukan membuang masa, keluar bawa Al-Quran. Berhenti di kedai makan, tadarrus lagi. Jalan pula, mana ada pegang-pegang tangan, mereka ikut cara Nabi Musa. Lelaki di depan, perempuan di belakang. Bila balik rumah, missed call pagi-pagi. Suruh qiamullail. Hah! kan Islamic punya couple tu.

Setelah setahun mengamalkan taktik sedemikian, Syafiq ditakdirkan bertemu dengan Muhammad. Ketika itu Syafiq dan Safura sedang bertadarrus di RFC. Muhammad tiba-tiba datang menghampiri mereka kerana tiada tempat duduk. Bila duduk, Muhammad bertanya, "Have you married?". "No.", jawab Safura. "So, why you sit together with this ajnabi alone here", tanya Muhammad. "Kami couple, tapi Islamic way" jawab Syafiq. Muhammad hanya tersenyum mendengar jawapan itu. Muhammad pun memulakan ceritanya.

"Aku ni muallaf. Asal dulu aku kristian. Tinggal kat Singapore. Dulu, aku suka sangat makan babi. Kalau sehari tak makan, pengsan aku. Pernah sekali mak aku terlupa beli babi, aku masuk wad malam tu. Tetapi, Alhamdulillah, Allah buka pintu hati aku untuk terima hidayah-Nya. Bila aku masuk Islam, aku dapat tahu, dalam Islam tak boleh makan babi. Aduh, pening kepala aku. Macam mana aku nak buat ni??? Seminggu aku masuk hospital lepas masuk Islam. Kalau zaman Rasulullah dulu ada peringkat-peringkat dia. Tapi aku…mana ada. Jadi, time kat hospital tu aku fikir. Akhirnya, aku jumpa satu jalan keluar. Aku nak Islamkan babi tu. Aku beli seekor anak babi. Dari kecik aku jaga dia. Seekor lalat pun aku tak bagi dekat. Setiap jam aku mandikan dia. Lepas 3 hari, aku bisikkan kat telinga dia dua kalimah syahadah. Lepas tu, tiap-tiap hari aku bagi tazkirah kat babi tu. Asal dia berak aku vacuum terus. Camnilah kehidupan aku dan babi tu buat 2 tahun. Lepas dua tahun, masa yang ditunggu-tunggu tiba. Masa untuk sembelih babi ni. Tengok-tengok babi ni takde leher. Tapi, lantaklah. Aku tibai je sebab dah 2 tahun tak makan babi ni. Lepas tu, aku pun masak la bakut teh. Tengah-tengah makan, nampak seorang ustaz tengah jalan-jalan. Muka macam lapar je. Aku pun ajak la dia makan. Ustaz!!! jom makan. Babi Islam nih.”

Bila terdengar kisah itu, Syafiq dan Safura pun sedar. Kalau benda itu haram, ia tetap haram. Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas...

p/s : yg HARAM tetap akan HARAM walau kita cuba apa cara sekalipon untuk mengHALALkannya..peringatan untuk diri ana sendiri terutamanya....wallahualam




macam mane????best tak???

itulah,yang haram tetap haram...aku penah dengar Ustaz Azhar Idruz cakap dulu,nasi goreng mmg sedap dan ramai yang hendak makan...tapi kalau nasi tu ditambah dengan TAHI satu sudu,kompem tade org nk mkn dah...sbb ape???sbb najis...hehhehe...jadi same ah konsep kat sini...walaupon bend tu HARAM siket jer, tapi yang sikit tulah akan mengharamkan ape yang HALAL.....

sekian...............
 nk dgor cite lagi...lain kali la plop deh.....heheheh=)

Friday 11 March 2011

JOM MENYANYI DI PAGI HARI

assalamualaikum semua....selamat pagi..tetiba aku buke blog aku nie dan tetiba pulak aku nk update blog..aku pon tak thu sb  ape, mungkin sbb baru 2 hari aku main blog nie kot.ter"excited" la plop..hehehhe...
aku bukan nape la,cume nak ajak member2 aku semua nie, mari kite nyanyi sebuah lagu yg agak popular la kate org...skadar suke2 jer untuk bt kite ceria pagi2 gnie nih..hehhehe=)...lagu nye begini yep...ehem ehem...cheak suare dulu....
1........
2......
3........

Lagu Spongebob Kelate:
Ready dok budok2?Ho laa,kepten!Gapo dio?HO LAA,KEPTEN! ooo,Podio dok dale buoh lanah bowoh laut?Spongebob Sluar kotok!Sene meresap bewarno kuning. Spongebob Sluar kotok!Kalu demo suko bendo laut hok ngarut.Spongebob Sluar kotok!Pah mari la pakat nopat supo ike.Spongebob Sluar Kkotok!Ready?Spongebob Sluar Kotok,(3)


hehhehe....sedap kan lagu nie....harap kalian semua nyanyi ikot gaye dlm tv la yep....=)


pak cik nie pon suke bile nyanyi lagu nie

Thursday 10 March 2011

pembuka bicara

assalaamualaikum semua....terlebih dahulu aku bersyukur kerana aku dapat bt satu blog yang merupakan dunia baru untuk aku sekarang ini.aku buat blog ni bukan lah untuk memdapat ape2 ganjaran,tetapi sekadar menghabiskan mase lapang aku supaya aku dop buat pekare2 yang x sepatutnya..

aku bukanlah seorang penulis,jadi wajarlah post2 aku ni tak tersusun dari segi tatabahasa nye..hehehhe...aku create blog niue dalam loghat tganu untuk memudahkan aku untuk meng'edit' blog aku dari mase ke semase...hehehe...andai kate ade yang tak faham tu,rajin2 lah bertanya yer...jangan jd seperti orang yang "BODOH SOMBONG". doh la tak tahu pape malahan sombong untuk bertanya tentang ape yang xfaham...

jadi, sebelum akhir kate,aku berharaplah agar blog nie menjadi medium untuk kite semua untuk mendapatkan ilmu2 yang bermanfaat untuk kehidupan dunia dan akhirat.kebaikan untuk diri aku dan kalian semua amatlah penting tambahan lagi untuk arus peredaran zaman yang semakin mencabar ini.sekian...Allahu a'lam