Tuesday 31 January 2012

Mudah tapi malas nak buat...

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Mudah kan nak ucapkan ucapan tu. Tapi kita sering alpa dalam berselawat. 

Memandangkan 12 Rabiulawal semakin menghampiri, jom lah kita bersama-sama tingkatkan bacaan selawat kita kepada junjungan yang mulia baginda Muhammad.

Moga kita semua terus istiqamah dalam melakukan amal kebaikan. =)



Monday 30 January 2012

Sirah 1.0-keputeraan Nabi Muhammad

Alhamdulillah,setelah mendapat bahan bacaan yang sesuai, suka untuk saya berkongsi pembacaan saya mengenai sirah kenabian kepada umum. Semoga kita dapat mengambil ibrah daripada sirah nabi ini. Berdoalah agar saya istiqamah dalam menyebarkan ilmu ini.

Nasab keturunan nabi adalah Muhammad bin Abdullah bin Abdul Mutalib. Abdul Mutalib juga dikenali sebagai Syaibah Al-Hamd bin Hashim bin Abdul Manaf. Nama Abdul Manaf ialah Al-Mughirah bin Khusai. Nabi telah dilahirkan dalam kabilah Quraisy yang telah mendapat kemulian dan penghormatan disebabkan hubungan mereka dengan Rasullullah dan tak boleh disangkal lagi. Manakala, ibunya bernama Aminah binti Wahab binti Abdul Manaf

Baginda dilahirkan pada 12 Rabiulawal pada tahun gajah. Difahamkan, pada tahun tersebut, tentera Abrahah Al Asyram telah melanggar masuk ke kota Mekah untuk menawan dan memusnahkan ka'abah. Namun Allah Maha Berkuasa. Dengan hanya menghantar sekumpulan burung yang diberi nama Ababil telah memusnahkan tentera Abrahah.

Baginda adalah yatim sejak dilahirkan dimana baginda telah kehilangan ayahnya ketika baginda masih 2 bulan didalam kandungan. Setelah ibu baginda meninggal dunia,iaitu ketika nabi berusia 6 tahun, baginda dijaga oleh bapa saudaranya iaitu Abdul Mutalib yang kemudiannya disusukan oleh Halimah binti Abi Zuwaib (Halimatul Sa'diyyah) yang dari golongan puak Sa'd Bakr. Mengikut pendapat ahli sirah, di perkampungan kaum Sa'd ini telah berlakunya kemarau yang sangat dahsyat sebelum kedatangan baginda yang telah merubah semuanya. Inilah antara mukjizat awal yang datangnya daripada baginda. Difahamkan, sebelum kedatangan baginda, tanah diperkampungan ini adalah kering kotang kerana kemarau yang telah lama berlaku. Setelah kedatangan baginda, hujan mulai turun walaupun ketika musim kemarau. Ini merupakan suatu keberkatan yang ada pada baginda yang dapat dirasai oleh orang yang berada disekeliling baginda.

Ketika berusia 5 tahun, baginda telah dibedah dadanya untuk disucikan oleh malaikat Jibrail. Ketika itu baginda bersama dengan puak Sa'd. Peristiwa pembedahan ini telah disaksikan oleh sekumpulan kanak-kanak yang bermain bersama baginda. Jibrail telah mengeluarkan seketul darah sambil berkata "ini adalah sasaran syaitan". Semua kanak-kanak sepermainan baginda berlari mendapatkan Halimah dan mereka pantas meluru ke arah Muhammad dan mendapati baginda dalam keadaan pucat dan lesu.

Insyaallah,pada post akan datang, saya akan kongsikan lagi coretan lain mengenai sirah nabi
*sumber rujukan Fiqh Al-Sirah karangan Muhammad Sa'id Ramadan Al-Buti

Sunday 29 January 2012

Akan kembali

Allah....

Lame sungguh aku tak menulis disini. SIBUK membataskan aku untuk menulis. Insyaallah, post yang akan dikeluarkan nanti akan memberi manfaat kepada semua.

Insyaallah~~

Sunday 8 January 2012

Sesuatu Yang Bermanfaat

Dah lame tak update blog.kali nie aku copy paste dari satu laman web nie.Semoga kita semua ambil pengajaran

KENAPA AKU DIUJI ?
Surah Al-Ankabut, ayat 2-3
Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan ( saja ) mengatakan : “kami telah beriman “, sedangkan mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.

KENAPA AKU TIDAK MENDAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN? 
Surah Al-Baqarah, ayat 216
Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi(pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui,sedangkan kamu tidak mengetahuinya. 

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
Surah Al-Baqarah, ayat 286
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.

RASA KECEWA?
Surah Al-Imran, ayat 139
Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang2 yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang2 yang beriman. 

BAGAIMANA AKU HARUS MENGHADAPINYA?
Surah Al-Imran, ayat 200
Hai orang2 yang beriman,”bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetapkanlah bersiap siaga (diperbatasan negerimu) dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beruntung. 
Surah Al-Baqarah, ayat 45 Dan mintalah pertolongan (kepadaAllah) dengan jalan sabar dan solat. Dan sesungguhnya solat itu amatlah berat,kecuali bagi orang-orang yang khusyuk.




APA YANG AKU DAPAT DARI SEMUA INI?
Surah At-Taubah, ayat 111
Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang2 mukmin, diri dan harta mereka dan memberikan syurga untuk mereka. 

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP? Surah At-Taubah, ayat 129 Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Allah selain Dia.Hanya kepadaNya aku bertawakal.

AKU TIDAK DAPAT BERTAHAN LAGI !!!!!
Surah Yusuf, ayat 37
Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir.