Friday 11 November 2011

Bahana Permainan Video

Saya tertarik dengan apa yang saya baca di akhbar harian metro hari ini apabila seorang remaja 15 tahun bertindak diluar kawalan terhadap neneknya gara-gara si nenek tertutup plug laptopnya.

Difahamkan bahawa si remaja terbabit sedang bermain game di laptopnya sebelum si nenek tertutup plug. Remaja berkenaan berang dengan tindakan nenek tersebut kerana telah mengakibatkan permainan remaja terbabit tergendala. Remaja terbabit bertindak memaki hamun dengan mengeluarkan kata-kata kesat kepada neneknya dan hampir menetak saudaranya dengan parang akibat ingin menenangkan remaja terbabit.

Sesetengah permainan video mempunyai unsur-unsur ganas yang keterlaluan sehingga ada remaja yang meniru gaya permainan tersebut.-Harian Metro

No comments:

Post a Comment