Monday 27 February 2012

Cintaku Padamu,mak

“nanti bila dah siap buai nie,bolehlah Iman duduk belajar kat sini. Takdelah bosan sangat asyik belajar dalam rumah je kan.” suara ayah Iman

Iman tersedar dari lamunan. Jelas tidak kelihatan sesiapa pun di buaian. Air matanya tiba-taba bercucuran jatuh tatkala ingatan kepada ayahnya menyinggah di fikiran. Sudah 2 tahun pak salleh pergi meninggalkan iman dan mak esah. Tetapi ingatan dalam ingatan iman memori bersama ayahnya tetap utuh , tidak pernah tenggelam dimakan zaman.

Mak esah keluar ke beranda sambil membawa air kepada iman.terpancar diwajah iman seribu satu kekusutan sedang melanda.

Mak esah: jauh termenung. Kenapa ni.teringat kat sapa nie.atau iman ada masalah?atau kamu tak sihat.

Iman: herm.iman teringatkan ayah,mak.tak tahu kenapa,sejak akhir-akhir ini,wajah ayah selalu terbit difikiran iman.

Mak esah:kamu menangis iman?dah 2 tahun ayahmu meninggalkan kita semua. Usahlah bersedih nak. Kerana kesedihan bagi kamu itu akan membuatkan mak turut sama sedih.yang dah pergi,biarkan lah pergi nak.berdoalah kepada Allah. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita nak.

Iman:sejak ketiadaan ayah. Hidup kita bertambah susah kan mak. Dulu saat ayah ada, takde lah kita hidup susah macam nie.

Mak esah:iman! Tak baik kamu mempertikaikan hukum Allah sebegitu. Allah dah takdirkan kita hidup susah macam nie.lagi pun,mak masih mampu lagi untuk menyara kamu.dengan duit penjualan kuih mak,mak boleh lagi untuk menampung perbelanjaan sekolah kamu.

Iman:iman bukan mempertikaikan hukum Allah mak. Tapi iman jeles dengan kawan-kawan iman.mak-mak mereka dengan pakaian yang baru-baru.tapi mak iman?tetap dengan baju yang sama,selendang yang sama. Iman bukan malu dengan mak,cuma iman kesal.kenapa iman tak boleh nak bagi seperti mana mak orang lain dapat. Iman teringin nak lihat mak iman pakai pakaian yang baru. Baju baru. Selendang baru. Kain baru.

Mak esah:mak tak perlukan itu semua iman.cukuplah dengan mak melihat kamu berjaya atas muka bumi nie nak.hadiah yang teristimewa bagi mak cumalah kejayaan yang kamu kecapi. Biarlah mak dengan pakaian buruk mak ni,tapi mak bangga dengan kamu nak. Sebab kamu pelajar paling cemerlang disekolah.seandainya kamu dapat semua kemewahan dunia itu,mungkin kamu tak jadi seperti mana pada hari ini. Dengan kejayaan kamu itulah,dapat membantu untuk merubah keluarga kita. Dah la nak, sekarang nie,fokuskan SPM kamu dulu. Doa mak akan sentiasa mengiringi kamu.

Iman: maafkan iman mak.

Keadaan keluarga iman yang miskin menyebabkan iman berusaha untuk merubah keluaganya keluar dari kepompong kemiskinan.semenjak ayahnya meninggal dunia,hasil daripada penjualan kuih maknya saja lah yang digunakan untuk menyara mereka.

*****
Sudah menjadi rutin iman,setelah tamat persekolahan dia akan ke pekan berdekatan. Mencuci kasut orang yang lalu-lalang disitu menjadi sumber pendapatan hariannya. Walaupun sibuk dengan pelajaran, sedikit pun tidak mematahkan semangat iman untuk membantu ibunya. Dia sedar akan nasib keluarganya yang serba daif itu.

Flashback 2 bulan lepas……

Sang suria memancar di pelusuk pekan. Kelihatan Iman bersendirian menuju ke suatu tempat yang penuh dengan lalu lang masyarakat. Titik-titik peluh mulai keluar dari tiap rongga-rangga kulitnya.

Iman masih lmeneruskan langkahnya. Entah mengapa tiba-tiba dirasakan kepalanya berpusing-pusing. Pandangan di depannya mulai gelap. Akhirnya pandangan mata Iman gelap.

Iman:erk..erk..saya kat mana nie ya?

Doktor: haa…baguslah awak dah sedar. Awak kat hospital sekarang nie.Dah dekat 2 jam awak pengsan.

Iman: kenapa dengan saya doktor?saya nak keluar dari sini doktor.

Doktor:saya harap kamu tabah dengan apa yang saya nak katakan ini.

Iman:kenapa?saya sihat je kan.

Doktor:kamu ada barah otak. Diperingkat pertengahan. Bermakna kamu masih ada peluang untuk sembuh. Tapi dengan cara kamu segera menjalani pembedahan.

Iman:tapi…berapa kos pembelanjaannya doktor?mesti mahalkan?

Doktor:RM20,000. Kalau kamu tak buat pembedahan tu, penyakit kamu akan merebak. Fikirlah baik-baik. Demi masa depan kamu. kamu masih muda.

Iman: insyaallah doktor,saya akan cuba. Tapi boleh tak doktor berjanji dengan saya satu perkara?

Doktor: ya. Apa dia?

Iman: tolong rahsiakan hal ini kepada mak saya. Kalau dia tahu, dia mesti susah hati. Mesti dia akan cari duit siang dan malam. Saya bimbang kesihatan dia akan terjejas nanti. Kami pun dari keluarga yang daif dan miskin. Tolong ya doktor. Saya merayu pada doktor.

Doktor: insyaallah.

Kembali kepada masa sekarang….

Sejak dari peristiwa 2 bulan lepas, Iman semakin kuat mencari duit bagi menampung kos perubatannya. Iman sedar, hasil daripada dia menggilap kasut orang ramai di pekan itu adalah cuma seberapa jikalau nak dibandingkan dengan kos perubatannya. Iman selalu beralasan dengan maknya bahawa dia mengikuti kelas tambahan di sekolah walhal, dia mencari duit di pekan.

*****

Kamal:sampai bila kau nak tipu mak kau sebegini?

Iman:aku terpaksa mal. Aku takde cara lain lagi dah. Ini jer jalan yang aku nampak.

Kamal:kau kene ingat man. syurga di bawah telapak kaki ibu man. Jangan nanti jadi sesuatu kat kau, baru kau nak menyesal.

Iman:aku cari rezki yang halal mal. Bukan aku merompak bank pun. Aku cuma perlukan duit,untuk tampung kos perubatan aku. Kau tahu kan aku sakit. Kat sapa lagi aku nak cari duit. Mak aku bukan ada wang sebanyak tu.

Kamal:aku tahu tu. Tapi sekurangya, kau bagitahu mak kau tentang hal nie. Mana tahu dia boleh membantu kau.

Iman: aku bukan tak nak bagitahu mak aku. Tapi kau tahulah kan, kalau aku bagitahu dia, mesti dia susah hati nanti. Aku nie bukanlah dari keluarga yang senang. Aku bimbang, dia akan bekerja keras semata-mata kerana aku. Aku tak nak dah susahkan dia. Dah 17 tahun aku menyusahkan dia. Cukuplah mal. Aku tak nak tambah penderitaan yang ditanggung sejak dua menjak nie.

Kamal:kalau itulah keputusan kau, aku hormatinya sebagai kawan. Aku sebagai kawan, akan sentiasa mendoakan agar kau cepat sembuh.

Iman:terima kasih kamal. Tapi, kau kena janji dangan aku,jangan bagitahu orang lain tau. Aku menaruh kepercayaan nie kepada kau. Aku haraplah, jangan kau kotori janji kita ini.

Kamal: kita dah kawan dari kecik man. Mana mungkin aku akan khianati kau,man.

Kamal:ape lagi yang doktor kata hari tu?

Iman: doktor cakap yang penyakit aku nie dah bercambah. Aku perlu dibedah segera. Kalau tak, kemungkinan aku tak dapat diselamatkan lagi. Mana aku nak cari duit mal.

Kamal:takkan doktor tak boleh tolang kau? Maksud aku, kau bayar setakat mana yang mampu dulu ke,kire kau berhutang dengan hospitallah.

Iman:ada. Tapi doktor kata, aku kena sediakan 5 ribu. Baru aku boleh mulakan pembedahan tu. Sekarang nie, aku baru dapat kumpul RM1500. Banyak lagi yang tak cukup mal. pendapatan mak aku pun,kalau 5 tahun pun belum pasti cukup.

Iman: tak apa lah mal. kalau Allah mahukan aku hidup, insyaallah aku akan selamat. Dan kalau Dia mahu aku kembali mengadapNya, aku redha mal.

Kamal: kau jangan cakap macam tu man. Kau tak boleh mengalah macam nie. Kau kena kuat. Aku ada selalu disamping aku. Dan aku akan tolong kau selagi aku mampu. Insyaallah, kau akan selamat.

******
Iman: macam mana jualan kuih hari nie mak? Banyak ke dapat?

Mak Esah: alhamdulillah man,semua kuih-kuih mak habis hari nie.

Iman:alhamdulillah. Kuih mak kan memang sedap. Sebab tu laku habis.

Mak Esah: ada jer lah anak mak nie. Kerja sekolah dah siap ke? Jangan tak buat pulak, nanti tak pandai. Kalau tak pandai, macam mana nak ubah hidup kita nie.

Iman: walaupon kita susah mak, tapi man tetap syukur sebab masih ada mak yang sangat yang kan man.
Mak man nie lah tempat man bermanja selalu. Mak mesti letih kan. biar man picitkan bahu mak nie. Seharian buat kerja.

Mak Esah: bagusnya anak mak nie. Walaupun kita miskin harta nak,tapi kita jangan lupa untuk berbudi pada orang lain. Harta tak melambangkan kemewahan kita di akhirat san, tapi amalan kita yang ikhlas akan melambangkan harta kita diakhirat sana.

Iman: man sayangkan mak. Penat lelah mak,iman akan ingat sampai bila-bila. Mak dengar ya, iman nak nyanyi. special untuk mak Iman nie.

Lembut kukenang, kasihmu ibu
di dalam hati ku kini menanggung rindu
kau tabur kasih seumur masa
bergetar syahdu, ooh di dalam nadiku

9 bulan ku dalam rahimmu
bersusah payah, oh ibu jaga diriku
sakit dan lelah tak kau hiraukan
demi diriku, oh ibu buah hatimu

tiada ku mampu, membalas jasamu
hanyalah do'a oh di setiap waktu
oh ibu tak henti kuharapkan do'amu
mengalir di setiap nafasku


ibuuuuuuuuuuuuu

Lembut kukenang, kasihmu ibu
di dalam hati ku kini menanggung rindu
engkau tabur kasih seumur masa
bergetar syahdu oh di dalam nadiku

indah bercanda denganmu ibu
di dalam hati ku kini slalu merindu
sakit dan lelah tak kau hiraukan
demi diriku, oh ibu buah hatimu

tiada ku mampu, membalas jasamu
hanyalah doa oh di setiap waktu
oh ibu tak henti kuharapkan doamu
mengalir di setiap nafasku
ibuuuuuuuuuu

*******

Menjadi kebiasaan mak esah untuk bangun awal dan dan menyiapkan kuih-muih untuk dihantar ke gerai-gerai berhampiran. Tatkala azan subuh berkumandang, mak esah akan mengejutkan Iman untuk sama-sama solat subuh berjemaah. Kalau dahulunya, suaminya lah yang akan mengimamkan solat, namun kini tugas menjadi imam dalam keluarganya diambil alih oleh Iman.

Iman bersiap-siap untuk ke sekolah. Mak esah pun telah bersiap untuk ke gerai pak samad yang letaknya 3KM dari rumah mereka. Mereka turun bersama, namun tidak dalam satu laluan. Iman bersalaman tangan maknya. Sehingga Iman hilang dari pandangan mak esah, barulah dia memulakan langkah untuk ke gerai pak samad. Memang begitulah tiap hari sejak dahulu lagi.

DUMMMM!!!

*******

Doktor: saya harap kamu bersabar. Mak kamu perlu menjalani pembedahan dengan seberapa segera. Kalau lambat, saya bimbang nyawanya akan terancam.

Iman: teruk sangat ke mak saya doktor?

Doktor: mak kamu mengalami pendarahan dalam kepala. Kalau tak dibedah dengan segera, saya bimbang ianya akan memudaratkan keselamatan mak kamu.

Iman: berapa kos yang diperlukan doktor untuk pembedahan ini?

Doktor: dalam lingkungan 2-3 ribu.

Iman: insyaallah doktor, saya akan usahakan duit tu. Kalau boleh jalankan pembedahan tu secepatnya,lakukanlah doktor. Tapi doktor kena berjanji dengan saya, akan menyelamatkan mak saya.

Doktor: kalau begitu,jom ikut saya ke pejabat untuk tandatangani beberapa dokumen. Insyaallah, saya buat apa yang termampu. Kita sebagai manusia kena redha dengan apa yang berlaku.



*****

Kamal: kau gila ke man? Takkan ko nak guna duit yang kau simpan sejak dulu lagi tu. Habis tu kau macam mana? Kau pun perlukan duit tu untuk pembedahan penyakit kau tu. Kau sekarang dah ditahap kritikal ni. Fikir baik-baik man.

Iman: habis apa lagi aku boleh buat? Aku tak nak tengak mak aku mati. Aku sayang mak aku. Tapi aku tak mampu untuk menyediakan duit sebanyak tu untuk pembedahan mak aku itu. Aku buntu mal. aku rela berkorban demi mak aku. Aku tahu, dia pun syangkan aku.

Kamal: aku sayang kau iman. Kita dah berkawan lama dah. Aku tak nak kehilangan kau. Bila pembedahan akan dibuat?

Iman: khamis depan. Hari yang sama dengan pembedahan aku. Tapi aku batalkan pembedahan aku tu. Mak aku lebih utama. aku pun sayang kau. My best friend forever.

Iman: nah!!! Nie ada bungkusan, aku nak, kalau terjadi apa-apa pada aku,kau serah kan bungkusan ini kepada mak aku. Aku nak dia gembira dengan bungkusan ini.

kamal: insyaallah iman. akan aku bagi kepada mak kau. tapi kau pun kena ada sekalilah nanti yep. aku tetap doakan agar kau takde apa-apa.

Iman: kenapa semua dugaan ini aku kena tanggung mal? aku nie tak berduit. Kenapa Allah bagi dugaan sebegini kepada aku?

Kamal: iman. Kau tak boleh mempertikaikan kehendak Allah. Dia sedang menguji kamu dengan dugaan sebegini. Bersangka baik lah man dengan Allah. Mungkin dia sedang mengatur sesuatu yang istimewa untuk kamu. kau bersabar ya iman. Aku sentiasa bersama kau walau senang ataupun susah.

Iman: terima kasih mal. kau memang sentiasa ada dengan aku walau aku senang atau susah.

**********

Suasana hospital pada ketika itu diselubungi dengan pelbagai perasaan. Ada yang hiba. Ada kedengaran tangisan seseorang yang meratapi kehilangan seseorang yang amat penting dalam hidupnya. Iman telah selesai menjalani pembedahan yang mendedahkannya kepada risiko. Namun, dek kerana terlalu sayangkan maknya, dia rela menanggung risiko terbabit.

Mak esah perlahan-lahan membukakan matanya. Terpancar di raut wajah kamal, kawan baik iman melihat reaksi daripada mak esah. Tetapi, kegembiraan itu tersekat lantaran ingatan kuat kepada iman kembali bersahutan. Namun, kamal tetap bersama mak esah, untuk menemaninya sehingga dia keluar dari hospital tersebut.

Mak esah: kamal. Mak cik kat mana nie?

Kamal: mak cik kat hospital. Mak cik dilanggar orang, dan mak cik koma selama seminggu. Mak cik baru selesai pembedahan 5jam yang lepas. Alhamdulillah mak cik dah sedar.

Mak esah: iman mana kamal?

Kamal: errr…..errrr…. iman dia datang lambat sikit mak cik. dia ada kerja yang nak diselesaikan.

Kamal terpaksa berbohong kepada mak esah tentang iman. Jauh disudut hatinya, begitu kasihan dengan mak esah.

Kamal: mak cik dah bangun? Tadi Iman datang.

Mak esah:ya ke? Kenapa kamu tak kejutkan mak cik?

Kamal: dia kata dia tak nak ganggu mak cik sedang berehat. Tapi dia ada tinggalkan satu bungkusan untuk mak cik. nie bungkusannya mak cik

Mak esah: iman selalu macam tu. Nak saja dia tengak mak dia nie gembira. Siap ada surat lagi nie.


Warkah untuk mak

Assalamualaikum mak. Iman kat sini sihat jer mak. Iman harap mak sabar dan tenang saja yer. Iman sayang mak.

Mak…mungkin ini adalah warkah terakhir daripada iman. Saat mak membaca surat ini, mungkin Iman dah meninggalkan mak keseorangan disana. Maafkan Iman mak. Iman sayang mak.

Mak…ingat tak iman ada bagitahu mak, nak pakaikan mak sepasang baju baru untuk mak. Mak buka lah bungkusan yang kamal bagi tuh. Iman beli sepasang pakaian untuk mak. Ada baju baru, kain baru dan selendang baru. Mesti mak cantik kan kalau pakai pakaian baru tu. Tapi Iman mintak maaf, sebab tak dapat nak tengak mak pakai pakaian tu. Walaupun tak dapat tengak mak pakai pakaian tuh, tapi dah 18 tahun iman tengak mak cantik. Mak memang sentiasa cantik di mata iman. Iman pernah terdengar mak mengeluh sebab selendang mak dah pudar warnanya. Sebab tu iman belikan mak selendang yang cantik. Nanti bila mak pakai, akan terserlahlah lagi keayuan mak tu. Mak, iman sayang mak

Mak janganlah sedih yer. Ini semua dah ketentuan ilahi. Iman terpaksa pergi dulu sebelum mak pergi. Mak kena tabah. Sebab iman tahu, mak seorang yang kuat dan tabah. Mak…Iman ada penyakit. Iman ada barah di otak. Tapi Iman rahsiakn daripada mak. Iman tak nak mak risaukan Iman. Sebab Iman dah banyak susahkan mak. Jarang Iman buat mak gembira. Tapi kali ini, mungkin Iman akan buat mak menangis lagi. Maafkan iman mak. Iman tak berniat untuk buat mak menangis. sebab mak, sumber kejayaan Iman.
Mak…..

Iman sayang mak. Walaupun Iman dah tak ada disisi mak, tapi letakkanlah Iman tersimpan rapi di hati mak. Maafkan Iman sebab tinggalkan mak dahulu. Iman tak tinggalkan apa-apa untuk mak, tapi cukuplah dengan sepersalinan pakaian tu untuk mak merasai kehadiran Iman disepanjang hari-hari yang mendatang ini.

Sekali lagi Iman nak mintak maaf daripada mak. Sepanjang hidup bersama dengan mak, halalkan makan dan minum Iman. Janganlah mak ratapi kehilangan Iman. Redhalah dengan ketentuan Ilahi. Iman sayang mak…..

-Iman bin Salleh-
27-02-2012

Berderetan air mata mengalir ke pipi mak esah. Dia sedar akan kehilangan anak kesayangannya. Kini hidupnya keseorangan. Tiada lagi orang yang boleh dijadikan teman untuk bercakap semasa di rumah. Tidak ada lagi orang yang boleh memberikan senyuman kepadanya ketika di rumah. Tetapi hidup harus diteruskan. Itulah lumrah kehidupan yang mesti dan pasti akan ditempuhi oleh semua manusia.










 


Friday 24 February 2012

Larangan dari nabi

لاَ ضَرَرَ Ùˆَلاَ ضِرَارَ

"Tidak ada mudharat, dan tidak boleh melakukan kemudharatan"

Apa yang kita semua faham daripada hadis di atas?

Merujuk kepada buku Syarah Hadis 40 karangan Fahrur Muis, beliau menggariskan maksud tidak ada mudharat merujuk kepada individu tertentu. beliau menjelaskan bahawa maksud tersebut sebagai tidak boleh melakukan mudharat yakni melakukan perkara-perkara yang boleh mengganggu orang sekeliling.

Manakala, frasa tidak boleh melakukan kemudharatan ini merujuk kepada meraka yang ingin membalas perbuatan buruk kepada kawan mereka. Dalam erti kata lain, nabi melarang kita untuk membalas balik kemudharatan yang kita terima daripada orang lain. Sebagai contoh, kita dicerca dan dicaci tapi kita adalah dilarang untuk membalas balik cercaan dan cacian tersebut.

Terdapat dua perkara yang menjadi tajuk perbualan utama dalam hadis diatas:

1) Nabi melarang umatnya memudharatkan (menyusahkan) orang lain
2) Nabi melarang umatnya untuk melakukan qisas ke atas perkara-perkara yang buruk dan sia-sia.


Sunday 19 February 2012

Buat Kamu Yang Berduka


"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar"



(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."


Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya.

Sedikit iktibar yang dapat kita ambil dari ayat diatas:

1) segala bentuk masalah adalah datangnya dari Allah.
2) Justeru, harus kita RAPAT dengan yang maha mencipta kerana dialah yang berhak untuk memberi kesenangan kepada kita.
3) Mohonlah hidayah Allah, kerana hanya Allah yang berhak untuk menanam atau mencabut hidayah daripada tubuh  badan kita.

Assalamualaikum.....

Sunday 12 February 2012

Sirah 1.3- Pembinaan Semula Kaabah

Kaabah telah bini oleh nabi Allah sayyidina Ibrahim 'alaihissalam untuk beribadat kepada Allah. Pembinaan kaabah ini juga dapat dilaksanakan setelah berlaku beberapa persengketaan dan permusuhan dengan penyembah-penyembah berhala pada ketika itu.


Setelah beberapa lama berlalu, kaabah yang telah dibina oleh Ibrahim Alaihissalam mulai retak-retak dan pecah. banjir yang melanda merupakan salah satu penyebab menjadikan kaabah dalam keadaan retak dan pecah. Justeru itu, puak-puak Quraisy terpaksa untuk mendirikan semula kaabah daripada terus hancur. kemuliaan dan keagungan kaabah yang telah dihormati sejak dahulu lagi menjadi pendorong untuk membina semula kaabah.


Dalam pembinaan semula kaabah, berlaku pertelingkahan antara puak-puak Quraisy mengenai,puak mana yang lebih berhak untuk meletakkan batu Hajarul Al-Aswad ditempat asalnya.


Pada ketika ini,Rasullullah yang terkenal dengan sifat Al-Amin telah memberikan cadangan mengenai siapa yang patut meletakkan Hajarul Al-Aswad ditempat asalnya.Baginda meminta sehelai kain, lalu diletaknya “Hajar al-Aswad” di atas hamparan kain dan meminta setiap kepala qabilah memegang hujung kain seterusnya meminta mereka mengangkatnya, sehingga apabila sampai ke tempatnya maka Baginda sendiri sekali lagi meletakkan dengan tangan Baginda ke tempatnya yang asal, demikianlah penyelesaian masalah dengan cara yang bijak yang dapat diterima oleh semua kaum.

Saturday 11 February 2012

Mak...aku rindu kamu

gurau senda bersamamu dulu menggamit rindu
aku rindu saat bersamamu
tiap tawamu
tiap senyumanmu
masih lekat di fikiranku
terasa baru semalam bersamaku

andai masa dapat diputar kembali
akan ku lakukan
pasti aku lakukan
namun aku tak mampu
aku hanya mampu berharap
agar dikau aman disana
setulus ingatan khas untukmu


entah mengapa aku asyik teringatkanmu
2,3 hari ini fikiranku seakan kosong
seraut wajahmu menempa difikiran
adakah kau merinduiku?
atau aku yang merinduimu?
atau masa aku untuk berjumpa denganmu telah hampir?





Thursday 9 February 2012

Izinkan Aku Melamarmu-part2

Pagi selasa itu,Danish bersiap awal daripada kebiasaannya. Insyaallah pagi nie danish akan berjumpa dengan Aleesya untuk menyatakan hasrat murninya. Sinar harapan terpancar di wajahnya.
Danish tiba di kafeteria 5 minit lambat daripada perjanjian. Kelihatan Aleesya dan Insyirah sudah siap menunggu ketibaannya. Dengan tergesa-gesa di menghampiri mereka berdua.

“ Haa… kenapa lambat? Macam anak dara bersolek jer.” Gertak Insyirah yang sememangnya dengan sifatnya yang main redah jer itu.

“Alah. 5 minit jer pon. Maklum la,jalan sibuk nie.” Danish beralasan.

“naik moto je pon. Macam lah naik ferari.” Sampuk Insyirah lagi

“ish korang nie, asyik nak gaduh jer. Haa danish, kata ade hal yang nak bincang,ape yep?” Aleesya bersuara untuk meredakan ketegangan mereka berdua.

“ntah insyirah nie, nak gaduh jer. Erkk…sebelum tu. Assalamualaikum.”sambil menghadiahkan satu senyuman yang manis.

“waalaikummussalam.”serentak Aleesya dan Insyirah menjawab.

Danish masih lagi kaku. Bagaiman hendak dia mulakan bicaranya kepada Aleesya.

“Emmm. Sebelum saya start perbincangan kita nie saya haraplah agar apa yang kita bincang nie sekadar  perbincangan di meja nie sahaja. Tak payah diheboh-hebohkan yep. Boleh janji dengan saya?”

“insyaallah boleh.”Aleesya dan insyirah menjawab.

“ok. Saya tak tahu macam mana nak mulanya. Sebab hal ini tersangatlah berat untuk dipikul. Dan saya dah fikir masak-masak dan saya dah tanya ramai orang."

"soal kawin.”danish menyambung.

Sedikit wajah terkejut terpancar di wajah Aleesya dan Insyirah tetapi mereka bijak menyembunyikan perasaan itu.

“pada hari ini,bersaksikan Insyirah dan dengan lafaz yang mulia, Bismillahirahmanirrahim, saya Danish ingin melamar Aleesya untuk berkongsi hidup dengan saya. Seandainya Aleesya bersetuju, izinkan untuk saya berjumpa dengan ibubapa Aleesya dan seandainya Aleesya sudah berpunya, saya meminta izin untuk memohon maaf sebab tak tanya Aleesya  terlebih dulu dan saya rela undur diri.”

Danish mematikan kata-katanya. Suasana kembali menjadi senyap dan tenang. Ditambah pula pada hari itu tidak ramai yang berkunjung ke kafeteria.

“Allahu akbar.” Ungkapan itu yang pertama keluar dari mulut Aleesya.

“saya tak tahu nak cakap apa. Macam suatu mimpi jer pagi nie.” Setelah berhenti sekejap,Aleesya meneruskan kata-katanya.
 “saya tidak boleh memberikan kata putus dulu,sebab saya masih lagi punya wali yang sah. Bagilah saya ruang dan masa untuk berfikir. Saya hargai usaha yang awak lakukan ini, tapi saya harus berbincang dulu. Saya masih lagi milik family saya sepenuhnya.”

“saya tidak mengharapkan lebih, tapi saya mengharapkan yang terbaik untuk diri saya dan Aleesya.” Danish menambah.

*************

Hujung minggu itu Aleesya pulang ke rumahnya. Kebetulan pada masa itu merupakan cuti semester. Peluang itu digunakan sepenuhnya oleh Aleesya untuk bersama keluarga setelah sekian lama tidak pulang dek kerana kesibukannya dalam kerja-kerja persatuan.

“lame jugak leesya tak pulang yer ummi.”memang Aleesya dipanggil leesya jika berada dirumah.

“nak buat macam mana,anak ummi nie sibuk jer kan. Orang besar la kate kan.”usik hajjah salmah

“Busy pun busy jugaklah. Pelajaran macam mana?” haji kasim yang tadinya berada di dapur bersuara kepada anak daranya itu.

“ Abi…” manja saja rengetan Aleesya apabila diperli sebegitu oleh abinya.

“Alhamdulillah abi. Leesya dapat jawab semua soalan masa exam hari tu. Hebat tak anak ummi dan abi nie?” sifat manjanya itu memang sudah sebati dalam diri Aleesya sejak kecil lagi.

“ummi…Abi…leesya ada sesuatu nak bincang dengan ummi dan abi nie.” Aleesya memandang tepat ummi dan abinya.

“kenapa sayang?ada masalah dengan kawan-kawan ker?” seperti biasa hajjah salmah akan terlebih dahulu bersuara sebelum haji kasim sempat melontarkan kata.

“ish awak nie.Biarlah leesya habis kan dulu kata-kata dia tuh.awak nie cepat betul memotong barisan.” Haji kasim sempat bergurau dengan isterinya itu.

“luculah tengak ummi dan abi nie. Romantik pon ada.”Aleesya sudah tergelak kecil melihat telatah orang tuanya itu.

“haaa.tadi kata amak bincang sesuatu. Apa dia?abi dah tak sabar nak dengar nie”

“macam nie abi,ummi. Ada orang melamar leesya.”aleesya mematikan kata-katanya.

Reaksi terkejut jelas terpacar di wajah ummi dan abinya. Mereka tidak menyangka perbincangan sebegini yang akan dibincangkan.

“haa? Betol ke nie? Leesya setuju? Sapa budak tu?”hajjah salmah terus saja menyoal anak daranya itu.

“leesya tak kata apa-apa lagi ummi,abi. Leesya cakap kene bincang dengan wali leesya dulu.”rendah saja nada Aleesya untuk menjelaskan hal itu.

“Danish bin khamis nama orang tu. Sebaya jer dengan leesya. Kalau dimata leesya, memang baik budak tu. Kat sana pon orang panggil dai ustaz.”aleesya memperincikan lagi tentang danish.

“bukan abi tak bagi leesya kawen awal. Memang bagus kawin awal. Nabi pun menyuruh kita untuk kawen awal. Cumanya,leesya dah fikir masak-masak untuk menjadi isteri orang nie?besar tanggungjawabnya ini. Jangan leesya buat keputusan berlandaskan nafsu semata-mata.abi tak melarang kalau leesya nak kawen awal.”haji kasim secara bersahaja menjawab.

“herm. Kalau betullah aleesya yakin dengan danish tu.aleesya buatlah solat istiqarah. Mintak dengan Allah agar diberi petunjuk. Insyaallah akan tunjukkan jalannya.”ummi menambah

“ajak danish datang ke rumah. Suruh dia jumpa dengan abi dan ummi. Kalau betul dia nak anak abi nie, berdepan dengan abi dulu.” Sempat lagi haji kasim bercanda dengan anak gadisnya itu.

“baiklah abi,nanti leeya bagitahu dia.”akur aleesya.

***********

Danish mengetuk pintu bilik abahnya. Tampaknya, ada sesuatu yang hendak dibincangkan oleh danish bersama kedua orang tuanya itu.

“masuklah.pintu tu sentiasa tak berkunci.” Haji khamis menyahut

“abah dan mama sibuk ke sekarang?”sambil menjengukkan kepalanya ke dalam bilik abahnya.

“kalau ya pun, masuk lah dulu. Jangan tercegat saja kat situ.” Mamanya bersuara

“macam ini abah,mama. Danish rasa, danish dah sedia untuk kawin.” Terus terang danish kepada orang tuanya.

“ha??” hajjah kalsom sedikit tinggi suaranya.

“betul abah,mama. Danish nak kawin.”danish cuba meyakinkan ibubapanya.

“kamu dah buat solat istiqarah? Dah fikir masak-masak? Ini bukan macam main pondok-pondok tau. Jangan ikutkan hawa nafsu semata-mata.” Nasihat daripada abahnya.

“dah abah. Keyakinan yang Allah sandarkan pada danish untuk berumahtangga semakin jelas. Cuma danish mohon restu dari abah dan mama saja.”nada danish tampak yakin untuk meyakinkan ibubapanya.

“pelajaran macam mana?” soal haji khamis

“alhamdulillah abah, keputusan semasa danish pun cemerlang. Walaupun dah berumah tangga,tapi danish tetap tidak akan tinggalkan pelajaran.”danish memberi jawapan dengan sangat meyakinkan.

“abah dan mama pasti akan merestui. Cumanya satu kamu kene ingat. Tugas menjadi suami orang bukan suatu yang main-main. Ia merupakan suatu yang amat berat. Tambahan pula kamu berkahwin pada usia yang amat muda. Pasti dan pasti kamu akan mendapat cubaan yang amat berat. Jangan abaikan pelajaran.”

“terima kasih abah,mama.”suasana dalam bilik tersebut tiba-tiba hiba apabila danish memeluk erat kedua orang tuanya sambil air matanya bercucuran jatuh.

******

Tet tet…
Tet tet…


“assalamualaikum…abi saya nak jumpa dengan awak. Harap awak boleh datang esok. Tapi awak seorang jer. Wassalam.”
Sender-Aleesya
28-Feb-2012,2016

Danish terpaku seketika melihat kandungan mesaj yang baru dihantar aleesya. Sedikit resah bersarang dihatinya.


“wassalam…insyaallah saya datang esok.”
Sender-Danish
28-Feb-2012.2033

*********

“Assalamualaikum” danish memberi salam dihadapan rumah Aleesya.

“Waalaikummussalam,jemputlah masuk”pelawa haji kasim kepada danish

“duduklah dulu,mak cik sedang buat air kat dapur sana. Jadi kamulah danish ya? Hensom orangnya,bersih je nampak” bersahaja haji kasim berbual dengan danish.

“eh,mana ada pak cik.biasa-biasa saja. Nikmat yang dipinjamkan Allah nie cumalah sementara saja.”

“jemput minum ya danish. Berbual-buallah dengan pak cik nie,mak cik ada keje siket kat dapur. Aleesya kami simpan di dalam,tak bagi dia keluar.” Senyuman nipis yang dipamerkan hajjah salmah meredakan sedikit kebimbangan danish.

Perbualan mereka berdua rancak berlangsung. Danish seakan semakin selesa dengan tiap tutur katanya.

“ Aleesya dah bagi tahu pak cik tentang hasrat kamu.kamu nak melamar anak pak cik kan?”

“betul pak cik”

“kamu tak rasa awal sangat ke kamu kawin? Nanti pelajaran kamu terjejas macam mana?”

“perkahwinan saya bukan berlandaskan nafsu semata-mata pak cik. Saya rasa saya dah cukup bersedia untuk kahwin. Alhamdulillah,setelah saya buat solat istiqarah, saya bertambah yakin yang Aleesya adalah jodoh saya. Soal pelajaran, insyaallah takkan menjadi masalah untuk kami cemerlang sebab saya difahamkan aleesya pun mendapat keputusan yang cemerlang dalam exam baru nie.”

“kamu tak rasa ke apabila kamu kawin awal akan menyebabkan orang sekeliling mengata kamu yang bukan-bukan?kamu tak takut?

“bukan kata-kata orang yang saya mahukan. Tapi keredhaan Allah itu menjadi perkara yang utama. Nie pon dikira jalan dakwah juga. Mana taknya,di kampus sering saja kami mengatakan no couple. Apabila dah ada contoh didepan mata,insyaallah masyarakat akan lebih terbuka dalam memandang perkara sebegini. Insyaallah pak cik, dengan adanya hubungan yang halal ini,kami mampu untuk menjaga hati masing-masing daripada terus diganggu hawa nafsu dan musuh utama manusia,syaitan.”

“pak cik bukan apa. Pak cik hanya mahukan yang terbaik untuk menjaga si Aleesya tu. Pak cik nak orang yang bakal menjaga leesya, adalah lebih baik lagi daripada pak cik. Pak cik merestui perkahwinan ini dan harap kamu jangan mempersiakan peluang yang pak cik bagi ini. Aleesya seorang yang manja, jangan kamu sakiti dia.”

******

“ Danish.kamu tak siap lagi ker?lame betul bersolek tuh. Mengalahkan perempuan la.”mama danish berteriak kepada anak terunanya itu.

“dah siap lah nie mama.nak turun da.kejap ye”bergegas-gegas danish menuruni tangga.

“ish kamu nie. Tahu tak pak imam dah tunggu lama kat sana tu.”mamanya sedikit berleter.

“okay.jom pergi.”

*******

“danish bin khamis. Aku nikah akan dikau dengan Aleesya binti kasim dengan mas kahwinnya RM 30 ringgit tunai.”

“aku terima akan nikahnya seperti yang telah dinyatakan tadi.”

Sah!!!

Alhamdulillah. Dengan sekali lafaz sahaja, Aleesya selamat diijabkabulkan dengan Danish. Kelihatan air mata Aleesya jatuh berguguran. Aleesya sedar, haji kasim bukan lagi no.1 yang berada dihatinya. Ketaatan sewajarnya ditumpahkan kepada suami yang baru saja diijabkabulkan.

Tet tet..
Tet tet..

“buat isteriku aleesya.terima kasih kerana sudi menjadi pelengkap agamaku.

my love for you is not of this earth,
But of the heavens
Yet I know its not posible,because heaven is greater
And the greatest of all Heavens,is the one with you in it
For heavens will not feel heavenly without you,my love”           
Sender-danish
30-March-2012,1247

-TAMAT-

Wednesday 8 February 2012

Izinkan Aku Melamarmu-part1

Danish merenung lama laptop dihadapannya. Namun fikirannya jauh melayang terbang. Entah apa yang difikirkannya yang tampak terlalu berat untuk dinilai. Rakan-rakannya yang lain terasa aneh dengan tingkah laku yang ditunjukkan oleh Danish. Rata-rata sangat mengenali  perangai Danish yang amat periang sebelum ini. Danish menyedari tidakannya itu diperhatikan oleh teman-temannya. Isyarat kepalanya mengajak Shamsul masuk ke bilik. Jelas ada sesuatu yang amat penting hendak dibincangkan.

“Sham, aku nak tanya pendapat kau tentang suatu perkara”, Danish memulakan bicara.

“ Nak tanya ape? Macam serius jer.haha”, sambil ketawa kecil Sham bersuara.

“ Rasa-rasa ape pendapat kau kalau orang mcam kita nie kawin awal? Yelah,kita nie kan msih belajar. Apa pendapat kau?”

“wei…kau nak kahwin ke Danish?

“uit…senyap la sket,nanti budak kat luar tu dengar. Malu lah aku nanti” pintas Danish sambil menekup mulut Shamsul.

“aku tanya pendapat kau jer dulu. Aku nie calon pun tak ada,macam mana nak kawin.”perlahan-lahan tangan dilepaskan dari mulut Shamsul.

“alah.macam la aku tak tahu kau nie. Dah ada calon kan?jangan tipu aku la danish”.

“aku tahu kau minat dengan Aleesya tu. Tapi kau pendamkan?”

“okay lah.aku terus terang. Dengan kau je tau. Jangan bagi tahu orang lain. Kau kene janji. Boleh?” akhirnya Danish mengakuinya.

“aku memang ada hati dengan Aleesya tu. Tapi kau tahu lah kan, Aleesya tu macam mane. Status ustazah tu. Sesuai ke dengan aku nie?”luah Danish

“itu ke yang kau bimbangkan?”soal Shamsul .

“kalau itu yang kau bimbangkan, tak perlulah kau panjangkan kebimbangan kau tu. Sebab janji Allah itu benar. Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Aku tengok kau memang sesuai dengan si Aleesya tu. Kau pon digelar ustaz dalam kalangan warga kampus.”panjang lebar shamsul menjawab.


“herm…tapi itu bukan persoalan yang utama. Yang aku tanya nie, pendapat kau,kalau kawin muda.macam mane?” Danish terus bersoal

Shamsul mengeleng-ngeleng kepala “kau nie kan. Buat-buat tak tahu ker?” nada yang sedikit keras terkeluar dari mulut shamsul

“kenapa nak salah pulaknye kahwin awal? Aku tak nampak sebarang masalah pon nak kahwin awal nie. Lagi pon,keadaan dunia sekarang macam mane?  Hari-hari dengan kes pembuangan bayi,kes zina dan banyak lagi lah.Kahwin awal nie dapat cegah daripada benda-benda macam tu la.Faham!” tegas Shamsul

Danish sedar akan hal seumpama itu. Namun hal berumahtangga merupakan sesuatu yang amat serius. Suatu perkara yang harus difikir masak-masak oleh individu yang berumahtangga.

“kalau betul kau minat kat Aleesya tu,lamar lah dia dengan cara yang Islam ajar. Jangan kau lemparkan diri kau dan dirinya ke dalam api neraka. Jumpa ibubapanya.Merisiklah.” sambung shamsul

 Danish seakan faham apa yang diperkatakan oleh shamsul.

“terima kasih sham. Aku dah tahu apa yang nak dibuat sekarang.” Sambil mengukir senyuman.
Danish keluar dari biliknya dengan ukiran senyuman dimuka. Sambil menyanyi lagu awan nano, danish telah kembali kepada danish yang asal.

**************

Disuatu sudut kafeteria, kelihatan Aleesya kelihatan sedang  tekun membaca nota sejarah yang baru dipelajarinya siang tadi. Aleesya memang terkenal dengan sifatnya yang rajin belajar. Dia yang memiliki keperibadian yang amat sopan ditambah dengan keanggunan wajahnya memang menjadikan Aleesya seorang yang digilai ramai. Namun, dia tidak pernah hanyut dengan lamunan duniawi itu, baginya,itu adalah anugerah daripada Allah yang sekadar ingin menguji dirinya sahaja. Kehadirah Insyirah tidak sedikit pon disedari oleh Aleesya. Sambil menggeleng-ngeleng kepala, insyirah segera menegur Aleesya.

“assalamualaikum ustazah. Tekun membaca. Membaca ke atau berkhayal.”

Sedikit terkejut, “waalaikummussalam. Ish. Membacalah wahai si adik manis Insyirah. Apa pulak berkhayal.”

“ Yelah kan. orang tu kuat study. Kalah lecture…hehe.”dengan nada bergurau.

Tet...tet
Tet…tet

Ada mesaj masuk ke dalam inbox Aleesya. Lantas Aleesya segera mencapai telefon bimbitnya dan terus membuka inbox.

“Salam. awak ada kat mana sekarang?awak busy tak selasa nie?saya nak jumpa kejap boleh?saya ada nak bincang sesuatu dengan awak. Kalau tak keberatan,di kafeteria jam 9pagi. Awak ajak la kawan baik awak, si Insyirah sebagai teman.tak elok pulak kalau kita berdua jer.”
Sender- Danish
15-Feb-2012,2133

“wsalam..selasa nie free. Insyaallah boleh.”
Sender-Aleesya
15-Feb-2012,2200

“waa…dah pandai bermesaj sekarang ustazah nie. Dengan sapa tu.?” Tetiba insyirah mencelah

Sambil mengerutkan dahi “ish…dia nie.takde la.danish masej. Dia nak jumpa saya selasa nie kat sini. Ade benda nak bincang katanya. Awak teman saya boleh?boleh la ya”

“owh. Dia nak jumpa buat apa?”

“tak tahulah. Katanya ada nak bincang sesuatu. Dia yang suruh saya ajak awak tu sebagai teman.”

“baik la.saya temankan. Takut gak kan.walaupun dia tuh dah taraf ustaz, xleh main-main jugak. Takut la kan. syaitan nie bukan kira orang. Tok lebai pon dia tipu.” Insyirah menjawab

“waa…bukan main panjang dia nie jawab. Insyaallah, kita sama-sama jaga maruah kita. Sebab tu lah saya ajak awak sebagai teman.” Senyuman terukir di bibir Aleesya sambil menampakkan lesung pipit dipipinya.

************

Danish asyik dengan laptopnya. Entah apa yang dicarinya. Danish tiba-tiba terhenti di satu link yang sangat menarik perhatiannya. Danish seakan dipukau untuk click pada link tersebut.

Jangan Izinkan Aku Jatuh Cinta Andai Diriku Belum Sedia.

Ya Allah,
Andai masanya belum tiba,
Jangan izinkan aku untuk jatuh cinta,
Aku memohon agar Kau tunjukkan jalan,
Agar Kau tunjukkan aku tuntutun yang perlu aku lakukan,
Jauhkanlah aku daripada kemaksiatan,
Jauhkanlah aku daripada perkara yang tidak dapat memberi manfaat,
Dan jauhkan aku daripada perkara yang Engkau murkai,
Agar aku dapat menjaga diri. 



Ya Allah,
Jika ini bukan masanya,
Jika ini belum saatnya,
Dan jika Kau tahu kami belum bersedia,
Selamatkan kami,
Jarakkan kami,
Pisahkan kami,
Agar kami jauh dari khilaf yang merosak izzah dan iffah,
Agar kami tak mengundang murka-MU,
Agar kami dapat lebih menjaga hati,
Agar hati menjadi yang diredhai ilahi. 


Ya Allah,
Andai dia bukan untuk ku,
Andai dia bukan jodohku,
Maka berilah ganti yang lebih baik buatnya,
Berikanlah dia insan yang benar benar terbaik buat kehidupannya,
Insan yang benar-benar mampu memimpinnya ke syurga-Mu,
Dan bantulah aku untuk memperbaiki diriku,
Agar aku kukuh dalam mencari cinta-Mu

“ Ya Allah. Bersediakah aku? Adakah aku hanya akan permainkan perasaan orang lain. Lindungilah aku Ya Allah. Bantu hambaMu ini Ya Allah.” Danish bermonolog sendirian. Jauh fikirannya terbang.
Kata-kata Shamsul siang tadi masih lagi kedengaran di telinganya

“Andai kau dah ada calon yang sesuai, buatlah istiqarah. Andai betul itu yang terbaik.insyaallah, Allah akan tunjukkan jalan dan akan dipermudahkan.”