Wednesday 12 October 2011

Soal Jawab Dengan Masa


"sejam saya tidak sama dengan sejam anda"-Albert Einstein

Kata-kata yang cukup bingung kita memikirkannya. Kenapa tak sama? Bukankah sejam itu sama sahaja masanya?

Berfikirlah diluar kotak pemikiran. Kata-kata albert einstein dapat dibuktikan pada bila-bila masa.Contohnya mudah...

Sejam orang tido adalah dirasakan sekejap sahaja berbanding dengan sejam orang yang sedang melakukan sesuatu pekerjaan.

Bagi kita sebagai muslim,teori ini dapat dibuktikan lagi dalam alam kubur.Orang yang sering melakukan dosa sentiasa tertunggu-tunggu untuk dibangkitkan kerana tidak dapat menahan lagi akan hukuman yang dilaksanakan ke atasnya.

Tapi bagi mukmim yang banyak beramal didunia, mereka merasakan sekejap sahaja berada di alam kubur kerana mereka hidup dalam keadaan yang senang-lenang di alam kubur tersebut.

“Demi MASA. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali yang beriman dan yang beramal soleh.
Yang berpesan-pesan dengan KEBENARAN. Yang berpesan-pesan dengan KESABARAN”.

No comments:

Post a Comment