Saturday 5 November 2011

Ngauman Membara part 2

Setelah post ngauman membara mendapat maklum balas yang menarik,saya ingin berkongsi untuk perlawanan suku akhir yang berlangsung pada 31 Oktober 2011.Pada perlawanan ini,skuad UMT telah menentang UITM Malaysia, dimana UITM telah menggabungkan pemain-pemain daripada seluruh UITM.Difahamkan bahawa,terdapat seorang pemain UITM telah menyarung jersi kebangsaan Malaysia.

Ternyata UITM bukan tandingan untuk UMT setelah mudah membenam dengan keputusan 4-0.Walaupun begitu,semangat juang yang ditunjukkan oleh para pemain amat lah dipuji oleh jurulatih skuad UMT.
Skuad bola sepak UMT akan berehat selama beberapa minggu dan akan mempersiapkan diri untuk ke liga IPT nanti yang dijadualkan pada sem hadapan.


No comments:

Post a Comment