Monday 6 January 2014

Masa Depan

Sungguh, aku diberi peluang untuk memilih. Dan aku telah membuat pilihan. Insyaallah. Semoga semuanya lancar dan dapat sampai kepada destinasi yang dituju.

Mungkin keputusan ini akan membuatkan ramai pihak yang kurang setuju, namun, inilah pilihanku. Diharap doa kalian tidak putus untuk aku terus berjaya di dunia dan akhirat.

Kadang kala, kita tidak mampu untuk puaskan hati semua orang.

Insyaallah, coming soon....

Saturday 23 November 2013

Tahniah Johor

Sultan johor telah meluluskan untuk melaksanakan cuti hujung minggu pada hari jumaat dan sabtu. Perkara ini akan berkuatkuasa pada 1 januari 2014.

Saya memuji sikap sultan johor yang meluluskan hal ini dan mengumumkan penguatkuasaannya. Tindakan adalah suatu yang wajar berikutan pada hari jumaat merupakan hari istimewa bagi umat Islam.

Dengan cuti pada hari jumaat, keselesaan untuk menunaikan solat jumaat akan dapat di rasai oleh seluruh rakyat johor. Tidak perlu tergesa-gesa untuk menghabiskan solat jumaat, dan khatib pun boleh menyampaikan khutbah dengan lebih berkesan.

Lihat sahaja contoh di terengganu dan kelantan yang sudah lama melaksanakan cuti jumaat dan sabtu ini. Pada hari jumaat, banyak kuliah-kuliah agama yang dijalankan sekitar negeri sebagai pengisian rohani kepada rakyat yang dipimpin. Inilah tugas pemimpin dalam menjaga keperluan rakyatnya tidak hanya bergantung kepada pembangunan kemudahan sahaja.

Diharap agar usaha murni kerajaan johor ini dapat diteruskan dan menjadi contoh kepada kerajaan yang lain sama-sama mengikut langkah kerajaan johor

Thursday 21 November 2013

Menang Tanpa Bertanding?

Alhamdulillah...sampai jugak umurku untuk mengundi dalam pilihanraya kampus hari ini. Saya dah selesai mengundi. Macam mana mahsiswa yang lain?:-)

Cuma agak sedikit terkilan kerana ada yang dah menang tanpa bertanding. Tapi sebelum tu, saya ucapkan tahniahlah kepada yang dah menang tanpa bertanding. Semoga anda dapat menjalankan amanah dengan gaya adil dan saksama.

Piluhanraya kampus diadakan untuk memilih calon yang sesuai untuk menerajui kepimpinan di Universiti. Bukan saya menolak calon yang menang tanpa bertanding, tapi saya lebih sukakan persaingan antara calon untuk merebut kerusi di MPP.

Persaingan yang saya maksudkan ialah, persaingan yang sihat dan yang mengikuti segala peraturan- peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak universiti.

Sudah semestinya calon yang menang tanpa bertanding ini, tidak perlu bersusah payah untuk turun kepada lapangan bagi tujuaan kempen. Sudah tentu, mahasiswa tidak menyedari akan kehadiran calon yang sudah menang tanpa bertanding berbanding dengan calon yang terpaksa melalui acara kempen.

Acara kempen sebenarnya mematangkan calin-calon yang bertanding. Mengapa? Sebab sudahsemeatinya calon yang bertanding ini mahukan kemenangan, dan kemenangan ini bukan suatu perkara yang mudah. Ianya melibatkan pengatuh daripada mahasiswa untuk vote calon tersebut. Tidak dapat tidak, calin ini akan berfikir macam mana mahu tarik perhatian mahasiswa untuk mengundi.

Selamat mengundi kepada mahasiswa UMT. Pilihlah pemimpin yang mampu beri keuntungan kepada mahasiswa.

Wednesday 20 November 2013

Oh LI

Semalam mendapat panggilan telefon daripada Aims Global. Saya telah diterima masuk untuk menjalani praktikal disana.

Terasa diri semakin tua, bakal meninggalkan alam universiti dan akan melangkah ke dunia baru di alam pekerjaan. Entah macam mana agaknya dalam dunia pekerjaan tu.

Kalau di kampus, tingkah laku kita yang salah akan ditegur oleh kawan-kawan sama rumah sewa, sesi pembelajaran ilmu-ilmu agama selalu dengan mereka.Namun di alam pekerjaan, saya akan merindui waktu-waktu tersebut.

Faktor kawan-kawan yang akan mempengaruhi semua ini. Nabi ada bersabda, "siapa yang brrkawan dengan tukang besi akan terkena juga bau besi pada badan, barangsiapa yang berkawan dengan penjual minyak wangi, wangi tetsebut akan melekat juga pada kita.'

Insyaallah, segala ilmu yang diterima di kampus akan diaplikasikan dalam dunia baru ini. Semoga Allah terus menyemai hatiku untuk terus berada pada jalanNya.

Tuesday 19 November 2013

Perbentangan Menifesto

Aku sedikit kecewa dengan pembentangan memifesto calon-calin MPP UMT pada kali ini. Mana tidaknya, menifesto yang dibentangkan tidak menjejak kepada jiwa mahasiswa.

Seperti contoh..Menjadikan fakulti sebagai anak angkat kepada agensi luar, agar nama universiti mendapat nama dan dipandang oleh masyarakat luar. Adakah hal ini menguntungkan mahasiswa? Ya, saya mengakui dengan adanya cara sebegini, dapat menjalinkan kerjasama antara agensi tersebut dengan Universiti, namun berapa ramaikah mahasiswa yang betol2 mendapat manfaat daripadanya.

Saya menjangkakan menifesto yang dibentangkan kene pada jiwa mahasiswa. Kalau diperhatikan banyak isu-isu yang melibatkan mahasiswa yang boleh diketengahkan sebagai contoh, menjadikan kolam renang sebagai kolam renang tertutup bagi membolehkan mahasiswi menggunakan kolam renang tanpa perlu risau akan mata-mata lelaki. Tambahan lagi, isu perkhidmatan gungting rambut juga adalah suatu isu yang boleh diketengahkan sebagai menifesto.

Namun, calon-calon hanya melihat suatu impak yang besar yang ingin dicapai seandainya berjaya memegang tampuk pimpinan. Mengejar perkara yang besar, namun meninggalkan perkara yang kecil tapi perkara itu adalah perkara yang penting.

Monday 18 November 2013

Pilihanraya Kampus UMT

Proses penamaan calon pada pilihanraya kampus hari ini berjalan dengan lancar. Melihat kepada situasi semasa, berlaku banyak pertembungan pada kali ini, dikhabarkan hanya seorang calon yang telah menang tanpa bertanding sebelum tempoh pembuangan undi diadakan.

Hari ini telah membuktikan bahawa mahasiswa UMT semakin sedar terhadap pergerakan politik kampus khususnya. Kesedaran politik dalam kalangan mahasiswa ini juga mampu membuka mata pemimpin negara dalam melahirkan generasi yang cemerlang pada masa akan datang.

Malam ini akan berlangsungnya perbentangan menifesto daripada semua calon yang bertanding. Saya jangkakan suasana pada malam ini suatu suasana yang jarang-jarang berlaku di bumi UMT. Dengan bilangan calon yang hampir 30 orang, sudah pasti suasana yang akan berlaku akan lebih hangat dan meriah. Saya berharap, menifesto yang akan dibentangkan pada malam ini adalah satu menifesto yang bersifat dekat dengan mahasiswa agar mahasiswa dapat membuat pilihan yang tepat dalam pemilihan pemimpin kali ini.

Semoga berjaya kepada semua calon yang bertanding. Ini adalah permulaan untuk anda semua merasai pengalaman sebagai pemimpin mahasiswa dalam membela hak dan nasib mahasiswa khususnya. Buat bakal MPP UMT, galaslah amanah dengan penuh tanggungjawab dan adil. Wallahualam

Naib Presiden 1
Kelab Amatur Intelektual
Universiti Malaysia Terengganu

Sunday 17 November 2013

Cukai vs Zakat

Cukai tidak dipungut pada zaman nabi. Di dalam islam,hanya dikenakan Zakat bagi orang islam dan jizyah bagi orang bukan islam.

Zakat adalah wajib dilaksanakan oleh semua orang islam mengikut kadar yang telah ditetapkan.

Manakala jizyah akan dikenakan kepada orang bukan islam dan pemimpin islam dalam negara tersebut haruslah memberi perlindungan kepada orang bukan islam yang membayar jizyah tersebut.

Dalam isu GST yang telah dibentangkan oleh perdana menteri Malaysia dalam bajet 2014 tempoh hari, secara jelas ia adalah suatu cukai yang membebankan rakyat malaysia khususnya rakyat yang berpendapatan rendah.

Ulama' bersepakat hanya melalui 4 cara sahaja cukai boleh dikenakan kepada masyarakat. Iaitu:

1- negara tidak mempunyai sumber pendapatan lain
2-cukai hanya dipungut daripada orang kaya untuk diagihkan kepada orang miskin
3-tidak berlakunya ketirisan dalam sistem kewangan negara.
4- tidak menggunakan sumber cukai ini untuk jalan maksiat.

Cukai adalah undang2 yang direka oleh manusia, manakala Zakat adalah perintah Allah yang telah termaktub dalam quran. Justeru, apabila berlakunya percanggahan ini, kembalilah kepada quran dan as-sunnah. Kerana Hukum allah tidak pernah membebankan manusia.