Monday 18 November 2013

Pilihanraya Kampus UMT

Proses penamaan calon pada pilihanraya kampus hari ini berjalan dengan lancar. Melihat kepada situasi semasa, berlaku banyak pertembungan pada kali ini, dikhabarkan hanya seorang calon yang telah menang tanpa bertanding sebelum tempoh pembuangan undi diadakan.

Hari ini telah membuktikan bahawa mahasiswa UMT semakin sedar terhadap pergerakan politik kampus khususnya. Kesedaran politik dalam kalangan mahasiswa ini juga mampu membuka mata pemimpin negara dalam melahirkan generasi yang cemerlang pada masa akan datang.

Malam ini akan berlangsungnya perbentangan menifesto daripada semua calon yang bertanding. Saya jangkakan suasana pada malam ini suatu suasana yang jarang-jarang berlaku di bumi UMT. Dengan bilangan calon yang hampir 30 orang, sudah pasti suasana yang akan berlaku akan lebih hangat dan meriah. Saya berharap, menifesto yang akan dibentangkan pada malam ini adalah satu menifesto yang bersifat dekat dengan mahasiswa agar mahasiswa dapat membuat pilihan yang tepat dalam pemilihan pemimpin kali ini.

Semoga berjaya kepada semua calon yang bertanding. Ini adalah permulaan untuk anda semua merasai pengalaman sebagai pemimpin mahasiswa dalam membela hak dan nasib mahasiswa khususnya. Buat bakal MPP UMT, galaslah amanah dengan penuh tanggungjawab dan adil. Wallahualam

Naib Presiden 1
Kelab Amatur Intelektual
Universiti Malaysia Terengganu

No comments:

Post a Comment