Saturday 14 July 2012

Tugas Getir Anak Muda

Pepatah cina ada menyebut "andai inginkan kebahagian setahun, semailah benih, andai inginkan kebahagian sepuluh tahun, tanamlah pokok dan andai inginkan kebahagian seratus tahun, didiklah manusia."


Mendidik manusia bukanlah suatu perkara yang mudah. Pelbagai onak dan duri terpaksa dilalui sebelum berjaya menghasilkan seorang manusia yang berkualiti yang mampu untuk menjadi tonggak kepada pemacu agama Allah di muka bumi ini. 


Ibu kepada Imam Syafie pernah ditanya bagaimana beliau dapat mendidik Imam Syafie sehingga menjadi seorang yang alim dan menjadi tempat rujukan orang ramai. Beliau menjawab aku mendidiknya sebelum dia dilahirkan dimuka bumi ini lagi. Ini bermakna, untuk mendidik seorang anak khususnya, haruslah bermula pada diri ibubapa itu sendiri. Ibubapa yang menjaga segala perilaku dan akhlak yang baik mampu untuk menghasilkan individu yang bermutu dan berkualiti.


Imam Hassan Al-Banna ada menyebut "andai ingin melihat Islam berdiri di negara kamu, tanamlah Islam dalam diri kamu dahulu, nescaya Islam akan tertegak dengan sendirinya dalam negara kamu."


Justeru, tidak dapat tidak untuk kita sebagai hambaNya agar mendidik diri kita menjadi seorang yang bertanggungjawab terhadap agamaNya. Betapa ramainya orang yang mengaku dirinya Islam, namun pabila datang seruan untuk berjuang pada jalan Allah, pelbagai alasan dikeluarkan.


Barisan warga muda harus sedar akan hal ini. Kita ambil daripada pengajaran yang lepas, pada umur berapa Sultan Muhammad Al-Fateh berjaya menawan Kota Kostinepal? Muda bukan. Banyak lagi peristiwa-peristiwa yang boleh kita jadikan panduan untuk menyemarakkan lagi kebangkitan warga muda. Janganlah jadi warga muda yang hanya ditundingkan jari atas perkara-perkara yang buruk, tapi bertindaklah sebagai barisan yang menjadi tulang belakang dalam pembangunan agama Allah.

wallahualam...

3 comments:

  1. Imam Hassan Al-Banna ada menyebut "andai ingin melihat Islam berdiri di negara kamu, tanamlah Islam dalam diri kamu dahulu, nescaya Islam akan tertegak dengan sendirinya dalam negara kamu."

    agree... tgk diri dulu sebelum mengata pemimpin.. hehe

    ReplyDelete
  2. Kezaliman dan sebarang tindakan pemimpin yang jelas bercanggah dgn quran dan hadith perlu ditegur

    ReplyDelete
  3. taatlah kepada pemimpin kamu,selagi mana tidak melampaui syariat yang telah digariskan oleh syara'...

    tegurlah pemimpin sekiranya mereka melakukan salah..kerana mereka juga manusia,yang tak lari daripada melakukan sebarang kesalahan...wallahualam....

    ReplyDelete