Thursday 26 July 2012

Emak...Kami Merindui Kehadiranmu

18 September 2007
7 Ramadhan 1426
2030

     Aku dikejutkan dengan kedatangan abang iparku di surau asrama. Waktu itu aku baru sahaja selesai solat terawih 8 rakaat. Mukanya agak cemas dan meminta aku untuk bersiap untuk pulang ke rumah. Katanya emak aku sedang sakit. Waktu tu aku dalam tingkatan 4. Tanpa aku meminta kebenaran warden asrama, aku terus menaiki kereta menuju ke rumahku.

     Di dalam kereta, aku hanya berdiam diri. Memang aku tahu emakku sedang sakit. Ibuku mengidapi angin ahmar. Masa awal puasa, aku ada balik ke rumah kerana pada waktu itu cuti hujung minggu. Pada waktu itu, aku lihat raut wajah ibuku seperti kebiasaannya. Teruk ke makku sampai kami adik beradik kena balik?

18 September 2007
7 Ramadhan 1426
2215

     Aku tiba dirumah. Aku tengok pak saudara aku dah ada di rumah. Mujurlah abang aku yang kerja dilaut ada balik. Dialah yang memanggil doktor datang ke rumahku. Aku tanya kepada ayahku, kenapa dengan mak? Emakku lemah sangat hari tu. Ayahku panggil doktor untuk merawat emakku di rumah. Doktorlah yang menyuruh ayahku memanggil semua anak-anak pulang untuk melihat emakku. Pada malam tu, aku berada disamping emakku sambil membacakan surah yasiin disisinya. Air mata membasahi pipi emakku. Dia tidak mampu lagi untuk bangun dari tempat pembaringannya itu. 

19 September 2007
7 Ramadhan 1426
0030 

     Dadanya dari tadi turun naik. Ku lihat air mata emakku meleleh jatuh kepipinya. Aku masih lagi disamping emakku. Doktor membisikkan sesuatu kepada ayahku. Pada masa ini, hanya 4 orang adik beradik ku berada di rumah. Lagi empat orang masih lagi dalam perjalanan pulang dari kuala lumpur. Aku memohon ampun kepada emakku, untuk yang terakhir kalinya. Doktor dah memberikan reaksi yang emakku sudah tidak lama lagi. Dia meminta ayahku agar banyakkan bersabar dan pasrah dengan apa yang berlaku.


     Mak saudara aku tidak putus-putus membisikkan kalimah syahadah di telinga emakku. Jelas terpancar pada sinar mata emakku, dia tidak rela untuk meninggalkan kami semua. Aku yang dari tadi berada di sisi emak mula hiba. Hembusan nafas yang terakhir keluar dari mulut emakku. Kini ku sedar, emakku telah tiada di dunia ini, namun di hati tetap utuh bersemi.



Tiada peluang kedua untuk berkhidmat kepada orang tua bila mana dia sudah tiada lagi. Hanya doa anak yang soleh sahaja menjadi peneman hidupmu di alam yang lain...

4 comments:

  1. Al Fatihah.
    Moga roh ditempatkan dalam kalangan orang- orang beriman.
    Sentiasa doakan kesejahteraan Allahyarham disana.

    ReplyDelete
  2. ="( sedihnyee..tabah ye senior..
    tabahnye senior walaupon tiada ibu disisi..
    kite x dapat bayangkan kalo mak kite da xde,,

    ReplyDelete
  3. Innalillahi Wa Inna Ilaihi Rajiun.
    Dari Allah kita datang,kepada Allah jua lah tempat kita kembali.
    Tabahkan hati bykkn Berdoa utk Mak Akhi.

    ReplyDelete
  4. sabarlah kunci segalanya...daokan arwah mak..sedeqah bnyk2 alfatihah padanya,,,skrg dia bergantung pd firdaus, utk mghrp ringankan segala apa yg ada di sana=): Entry Terbaru : Sesuci Persahabatan

    ReplyDelete