Wednesday 23 March 2011

DINER DATANG LA WEHH


'GRAND DINNER' & ''GRAND MUNGKAR.!!!.'' Bismillahirrahmanirrahim..... “Sesiapa di kalangan kamu yang melihat kemungkaran hendaklah dia mencegahnya dengan tangan, siapa yang tidak mampu, cegahlah dengan lidahnya dan siapa tidak mampu dengan lidahnya, cegahlah dengan hatinya, yang demikian itu adalah selemah-lemah iman” .(Riwayat Muslim dari Abi Said Al-Khudri) Okey,.LIKE.......... kita sudah memasuki saat-saat di penghujung sem,sudah pasti kebanyakan organisasi pelajar pulun menyiapkan satu majlis yang dinamakan 'GRAND DINNER. Eloklah kita berbincang perkara ini terlebih awal bagi memastikan mereka tidak tersengaja menukarkan majlis mereka menjadi ‘GRAND MUNGKAR.!.’. Tema menjadi perkara wajib untuk dibincangkan dalam suatu grand dinner. Selalunya yang menjadi pilihan selalunya adalah yang ‘unik’ dan ‘luar biasa,Tema yang sering dipilih sejak akhir-akhir ini agak merapu dan secara ‘kebetulan’ pula menyamai penampilan kaum kuffar dan yahudi terlaknat. FESYEN dan Pakaian akibat daripada tema yang terpilih terlampau agak unik, sudah menjadi satu kerja pula hendak memadankan dengan pakaian. Maka dengan itu, ramai bersusah payah hendak mencari pakaian yang sesuai.dengan harga beratus-ratus, tambah pula ianya hanya boleh dipakai semasa grand dinner sahaja.Bagi mereka inilah peluang yang susah ditemui, apa salahnya sekali sekala, setahun sekali pula. Tidak syak lagi, walau apa pun alasan.Dan paling menggusarkan adalah mereka yang memakai pakaian yang berlebih-lebihan ini sering menjuarai anugerah yang mereka panggil King & Queen. 'Terima kasih' buat mereka yang menggalakkan orang ramai berpakaian sedemikian.anda dipertanggungjawab sepenuhnya untuk menjawab dihadapan Allah diakhirat kelak.NANTIKAN saatnya.! Persembahan Tarian pula mengikut edaran zaman dan mengikut populariti terkini.Lebih-lebih kaum perempuan diberi ‘tiket’ untuk menunjukkan bakat terpendam mereka sekaligus mampu menarik perhatian ramai. Buktinya, apabila tamat persembahan, satu dewan gamat bersorak tanda restu mereka!Tampilnya muslimah untuk menyanyi dan menari di pentas bererti menampilkan dirinya untuk memfitnah atau difitnah, juga bererti menempatkan dirinya dalam perkara-perkara yang haram. Sesi bergambar Sesetengah daripada mereka di antara lelaki dan perempuan sudah tidak ada ‘dinding’, bagaikan suami isteri pula.kemudian menjadi rutin pula menyebarkan segala bagai gambar kenangan ke dalam rangkaian sosial seperti facebook, blog dan sebagainya. Kita bimbang apabila individu terbabit tergolong dalam kategori penyebar dosa dan pembuka aib.Maka, selepas ini kita nilaikan semula sebarang grand dinner yang hendak kita anjurkan.janganlah dengan program yang dianjurkan makin menambah dosa kepada kita,terutama kepada organisasi yang menganjurkannya dan pengarah program yang memegang amanah yang sangat besar dan tanggunjawab yang berat.sedarlah duhai sahabat yang disayangi,sebelum anda MATI,!!meninggalkan dunia yang fana ini,kamu akan dipertanggungjawabkan apa yang telah kamu lakukan diakhirat kelak.!Kita hendak meraikan para senior, bukan hendak meraikan maksiat. Kita hendak melangsungkan grand dinner, bukan grand mungkar!.wallahualam..

3 comments:

  1. tq untuk sokongan.....ambillah yang baik...
    sebarkanlah kalau mahu......
    sekadar untuk perkongsian buat diri ini dan juge para pembace

    ReplyDelete
  2. salam..gud entry..
    'sebaik perhiasan dunia adlh wanita solehah'

    ReplyDelete