Saturday 2 February 2013

Muhasabah Dalam Musibah

Terbaca dalam satu akhbar tempatan hari ini berkenaan dengan "Muhasabah Dalam Musibah." Dalam kehidupan kita seharian, amatlah banyak sekali dugaan dan rintangan yang harus kita tempuhi dan kita lalui. Hendak dijadikan cerita, kehidupan kita ini memang untuk diuji oleh Maha Pencipta kita.

Firman Allah ada menyebut dalam surah Al-Ankabut ayat 2-3 yang bermaksud "apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan kami telah beriman dan mereka tidak diuji. Dan sungguh, Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang berdusta."

Segala bentuk ujian yang Allah turunkan kepada umatNya hanyalah untuk menguji hambaNya agar sentiasa mengingati dan mentaati Allah. Dan hanya Allahlah tempat hambaNya mengadu segala macam hal baik perkara yang baik mahupun perkara yang dukacita. Ramai yang hanya mengadu kepada Allah berkaitan perkara-perkara yang musibah sahaja, namun di sana mereka lupa bahawa Allah jua lah yang menjadikan kesenangan kepada mereka.

Berapa ramai yang diuji dengan kesenangan. Allah menceritakan perihal firaun, qarun dan haman yang diuji dengan kekayaan harta benda. Dengan harta yang banyak, mereka jadi lupa akan Allah. Menjadikan duit sebagai tuhan mereka, dalam masa yang sama mereka tidak sedar bahawa Allah sedang menguji mereka.

Justeru, marilah sama-sama merenung kembali, untuk apakah kita dilahirkan di muka bumi ini. Adakah untuk saja-saja Allah hadirkan kita di sini? Kembali kepada pencipta kita, nescaya kita akan temui segala jawapannya. Sama-sama muhasabah diri dan perbaiki diri. Insyaallah, Allah permudahkan.

wallahualam...

No comments:

Post a Comment