Monday 30 January 2012

Sirah 1.0-keputeraan Nabi Muhammad

Alhamdulillah,setelah mendapat bahan bacaan yang sesuai, suka untuk saya berkongsi pembacaan saya mengenai sirah kenabian kepada umum. Semoga kita dapat mengambil ibrah daripada sirah nabi ini. Berdoalah agar saya istiqamah dalam menyebarkan ilmu ini.

Nasab keturunan nabi adalah Muhammad bin Abdullah bin Abdul Mutalib. Abdul Mutalib juga dikenali sebagai Syaibah Al-Hamd bin Hashim bin Abdul Manaf. Nama Abdul Manaf ialah Al-Mughirah bin Khusai. Nabi telah dilahirkan dalam kabilah Quraisy yang telah mendapat kemulian dan penghormatan disebabkan hubungan mereka dengan Rasullullah dan tak boleh disangkal lagi. Manakala, ibunya bernama Aminah binti Wahab binti Abdul Manaf

Baginda dilahirkan pada 12 Rabiulawal pada tahun gajah. Difahamkan, pada tahun tersebut, tentera Abrahah Al Asyram telah melanggar masuk ke kota Mekah untuk menawan dan memusnahkan ka'abah. Namun Allah Maha Berkuasa. Dengan hanya menghantar sekumpulan burung yang diberi nama Ababil telah memusnahkan tentera Abrahah.

Baginda adalah yatim sejak dilahirkan dimana baginda telah kehilangan ayahnya ketika baginda masih 2 bulan didalam kandungan. Setelah ibu baginda meninggal dunia,iaitu ketika nabi berusia 6 tahun, baginda dijaga oleh bapa saudaranya iaitu Abdul Mutalib yang kemudiannya disusukan oleh Halimah binti Abi Zuwaib (Halimatul Sa'diyyah) yang dari golongan puak Sa'd Bakr. Mengikut pendapat ahli sirah, di perkampungan kaum Sa'd ini telah berlakunya kemarau yang sangat dahsyat sebelum kedatangan baginda yang telah merubah semuanya. Inilah antara mukjizat awal yang datangnya daripada baginda. Difahamkan, sebelum kedatangan baginda, tanah diperkampungan ini adalah kering kotang kerana kemarau yang telah lama berlaku. Setelah kedatangan baginda, hujan mulai turun walaupun ketika musim kemarau. Ini merupakan suatu keberkatan yang ada pada baginda yang dapat dirasai oleh orang yang berada disekeliling baginda.

Ketika berusia 5 tahun, baginda telah dibedah dadanya untuk disucikan oleh malaikat Jibrail. Ketika itu baginda bersama dengan puak Sa'd. Peristiwa pembedahan ini telah disaksikan oleh sekumpulan kanak-kanak yang bermain bersama baginda. Jibrail telah mengeluarkan seketul darah sambil berkata "ini adalah sasaran syaitan". Semua kanak-kanak sepermainan baginda berlari mendapatkan Halimah dan mereka pantas meluru ke arah Muhammad dan mendapati baginda dalam keadaan pucat dan lesu.

Insyaallah,pada post akan datang, saya akan kongsikan lagi coretan lain mengenai sirah nabi
*sumber rujukan Fiqh Al-Sirah karangan Muhammad Sa'id Ramadan Al-Buti

No comments:

Post a Comment