Rasulullah صلى الله عليه وسلم berkata: "Sesungguhnya Allah عز وجل menurunkan (para malaikat dengan perintah-Nya) pada malam nisfu Sya’ban ke langit dunia, lalu Allah mengampuni dosa² (para hamba-Nya di mana keampunan pada malam itu) lebih banyak dari bilangan bulu² yang terdapat pada kambing² peliharaan (bani) Kalb."
~ Riwayat Imam Ahmad رحمه الله.
*Bani Kalb adalah kabilah Arab yang terbesar atau yang memiliki bilangan kambing yang terbanyak.
Di sini dinyatakan kelebihan malam nisfu Syaaban sebagaimana sabda Nabi saw,
قَالَ رَسُولُ اللهِ
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إِذَا كَانَ لَيْلَةُ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ
فَقُومُوا لَيْلَهَا وَصُومُوا نَهَارَهَا، فَإِنَّ اللهَ تَعَالَى يَنْزِلُ
فِيهَا لِغُرُوبِ الشَّمْسِ إِلَى سَمَاءِ الدُّنْيَا فَيَقُولُ: أَلاَ
مُسْـتَغْفِر فَأَغْفِر لَهُ، أَلاَ مَسْتَرْزق فَأَرْزُقهُ، أَلاَ مُبْتَلى
فَأُعَافِيه، أَلاَ كَذَا، أَلاَ كَذَا حَتَّى يَطلعُ الفَجْر.
Yang bermaksud, Rasulullah saw telah bersabda: Apabila tiba malam Nisfu Syaaban
maka kamu hidupkanlah malamnya dan kamu berpuasa di siang harinya, sesungguhnya
Allah turun (hampir) padanya dari terbenam matahari ke langit dunia dan
berfirman: Sekiranya terdapat orang yang memohon keampunan maka Aku
ampunkannya, sekiranya terdapat orang yang meminta rezeki maka Aku beri rezeki
kepadanya, sekiranya terdapat orang yang ditimpa bala maka Aku sejahterakannya,
sekiranya begitu… sekiranya begini… sehinggalah terbitnya fajar.
(Riwayat Ibnu Majah)
Terdapat beberapa golongan yang Allah tidak menoleh kepada mereka. Antaranya ialah:
1-Orang yang syirik kepada Allah
2-Pengadu domba (kaki batu api)
3-Pemutus tali silaturrahim
4-Penderhaka kepada ibubapa
5-Orang yang ketagih arak
Marilah kita manfaatkan segala ruang yang ada untuk memperbanyakkan amalan untuk ingat kepada Allah. Kita ber'fb' berjam-jam,namun masa kita dengan Allah hanyalah sekadar sekilas pandang sahaja. Tidak malukah kita dengan tuhan yang telah memberi segala nikmat untuk kita terus hidup di muka bumiNya ini?
Sekian....
No comments:
Post a Comment