Showing posts with label Ilmu. Show all posts
Showing posts with label Ilmu. Show all posts

Tuesday, 12 June 2012

jom menghafal quran

teknik2 nak hafal yang pernah dibelajar....

1)baca page yang nak dihafal tu..baca dalam 4-5 kali
2)check bacaan untuk page yang nak dihafal tu dengan member...pastikan tiada kesalahan untuk bacaan tu(baca dengan tengak quran)
3)start hafal quran. sebelum hafal,bace lg skali ayat yang hendak di hafal tu dengan tengok quran. potong2 sket ayat yg nak dihafal tu supaya senang utk dihafal...


*pastikan ayat yang dipotong tu tak lari makna asalnya....

contoh nak hafal ayat nie

-( ذَلِكَ الْكِتَابُ لاَ رَيْبَ فِيهِ) ( هُدًى لِلْمُتَّقِينَ)-

potong ayat tu jd mcm nie ذَلِكَ الْكِتَابُ لاَ رَيْبَ فِيهِ

4) hafal potongan nie dulu....lepas igt potongan tuu,sambung plak dengan potongan yg seterusnya iaitu yang nie هُدًى لِلْمُتَّقِينَ

5) lepas semua potongan tu dah dihafal, sambungkan potongan2 ayat tu....

6)pastu,srh kawan check dengan kawan samada ayat yang dihafal tu btol k tak....

selamat mencuba

Sunday, 19 February 2012

Buat Kamu Yang Berduka


"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar"



(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."


Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya.

Sedikit iktibar yang dapat kita ambil dari ayat diatas:

1) segala bentuk masalah adalah datangnya dari Allah.
2) Justeru, harus kita RAPAT dengan yang maha mencipta kerana dialah yang berhak untuk memberi kesenangan kepada kita.
3) Mohonlah hidayah Allah, kerana hanya Allah yang berhak untuk menanam atau mencabut hidayah daripada tubuh  badan kita.

Assalamualaikum.....

Sunday, 8 January 2012

Sesuatu Yang Bermanfaat

Dah lame tak update blog.kali nie aku copy paste dari satu laman web nie.Semoga kita semua ambil pengajaran

KENAPA AKU DIUJI ?
Surah Al-Ankabut, ayat 2-3
Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan ( saja ) mengatakan : “kami telah beriman “, sedangkan mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.

KENAPA AKU TIDAK MENDAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN? 
Surah Al-Baqarah, ayat 216
Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi(pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui,sedangkan kamu tidak mengetahuinya. 

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
Surah Al-Baqarah, ayat 286
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.

RASA KECEWA?
Surah Al-Imran, ayat 139
Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang2 yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang2 yang beriman. 

BAGAIMANA AKU HARUS MENGHADAPINYA?
Surah Al-Imran, ayat 200
Hai orang2 yang beriman,”bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetapkanlah bersiap siaga (diperbatasan negerimu) dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beruntung. 
Surah Al-Baqarah, ayat 45 Dan mintalah pertolongan (kepadaAllah) dengan jalan sabar dan solat. Dan sesungguhnya solat itu amatlah berat,kecuali bagi orang-orang yang khusyuk.




APA YANG AKU DAPAT DARI SEMUA INI?
Surah At-Taubah, ayat 111
Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang2 mukmin, diri dan harta mereka dan memberikan syurga untuk mereka. 

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP? Surah At-Taubah, ayat 129 Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Allah selain Dia.Hanya kepadaNya aku bertawakal.

AKU TIDAK DAPAT BERTAHAN LAGI !!!!!
Surah Yusuf, ayat 37
Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir.

Wednesday, 30 November 2011

Untuk Renungan Kita

Rasulullah S.A.W bersabda : "Aku bimbang ke atas kamu orang-orang yang lebih dahsyat daripada dajjal , bila ditanya siapakah mereka itu? jawab baginda S.A.W , Ulama Sukk.". [Hadith Riwayat Muslim.]

(Maksud ulama' sukk adalah ulama yang memutar belitkan tujuan - tujuan agama yang benar kepada yang batil demi mencapai maksudnya yang tertentu.)

Rasulullah SAW bersabda : " Terdapat 3 jenis penyakit agama :1. Pemerintah yang zalim 2. Ulamak jahat 3. Org jahil tidak sedar dirinya jahil." [Hadith Riwayat Muslim.]

" Rosaknya rakyat kerana pemimpin, rosaknya pemimpin kerana ulama', rosaknya ulama' kerana harta ( kemewahan dunia )" (Imam Al-Ghazali)

Friday, 25 November 2011

DOA AWAL DAN AKHIR TAHUN

Maksudnya:

Segala puji hanya bagi Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W. serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.

Ya Allah, sesungguhnya pada tahun ini aku telah melakukan laranganMu tetapi aku masih belum bertaubat sedangkan Engkau tidak reda dan melupai perkara itu. Engkau telah menangguhkan azabMu yang telah ditetapkan kepadaku. Engkau telah memerintahkan supaya aku bertaubat dari keslahan itu. Sesungguhnya pada hari ini aku memohon keampunan dariMu, ampunilah aku dan apa yang telah aku lakukan pada tahun ini yang Engkau redai dan Engkau janjikan pahala maka aku memohonnya daripada Engkau. Ya Allah, ya Karim, ya Zaljalali wal ikram.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.. Segala puji hanya bagi Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam


Maksudnya:

Segala puji hanya bagi Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W. serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.

Ya Allah, Engkaulah yang kekal abadi untuk selama-lamanya. Demi kelebihanMu yang Maha Agung dan kemurahanMu yang melimpah, sesungguhnya pada tahun ini aku memohon kepadaMu perlindungan daripada syaitan yang direjam, dari sekalian kuncunya, tenteranya dan penolongnya. Aku juga memohon perlindungandari nafsu amarah yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan dan melalaikan dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diriku kepadaMu.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad. Segala puji hanya bagi Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam.


Wednesday, 23 November 2011

Kita Perlu Blog

Apa yang anda faham tentang blog?

Blog bukan hanya merupakan suatu riadah pemikiran dan tempat kita meluahkan segala perasaan kita. Tetapi blog boleh menjadi medan kepada kita untuk menulis yang baik-baik atau dalam bahasa mudahnya sebagai suatu medan untuk menyampaikan dakwah.

"saya bukan ustazlah". "Ilmu saya tak cukup pun untuk bagi nasihat kepada orang lain "

Ini merupakan suatu persoalan yang biasa kita dengar apabila bercerita tentang dakwah. Kenapa begini?

Sekiranya pemikiran sebegini masih lagi menjajah minda kita, adakah agama Islam dapat tertegak?Siapakah yang layak untuk membawa agama Allah ini?

Memetik kata-kata Hilal Asyraf dalam bukunya batu bata kehidupan "kalau benar hendak menyebarkan Islam seluas mungkin, dua perkara perlu dicantas dalam diri kita iaitu malu untuk meyebarkan perkara-perkara yang baik dan takut nanti apa orang akan kata"

Nak tunggu seseorang sempurna ilmunya,memang sampai kiamat pun kita tidak akan bertemu dengan orang yang sempurna ilmunya. Kita yang mempunyai ilmu yang sedikit ini,seharusnya menyebarkan kepada orang lain.

Nabi pun  pernah bersabda "sampaikanlah walaupun sepotong ayat.

p/s:sama-sama kita ambil manfaat

Thursday, 10 November 2011

Bagaimana ujian??

Firman Allah yang bermaksud "Tiap-tiap yang hidup akan merasakan kematian.Kami menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan dan hanya kepada Kami kamu dikembalikan"(Al-Anbiya')

Banyak ayat Al-Quran yang menerangkan kita betapa ujian ini suatu yang tidak boleh lari daripada diri setiap muslim. Mana mungkin kita hanya mengaku beriman sedangkan kita tidak diuji.

Terdapat 4 jenis ujian yang dilalui oleh diri muslim:

1)Ujian dalam mentaati perintah Allah
-Ujian sebegini harus kita ambil cakna dan serius,kerana ujian inilah yang sering dilupakan oleh kita. Kadang kala terdetik dihati sanubari berkenaan dengan amal yang telah kita kerjakan. Andai kata kita riak,kita telah terjerat dengan tipu daya syaitan.

2)Ujian menjauhi larangan Allah
-Ujian ini biasa terjadi dalam kalangan manusia sejagat. Bukan mudah untuk melakukan perkara kebaikan dalam suasana dunia yang penuh dengan lakonan dan pancaroba. Dalam kita melakukan perkara kebaikan,pasti ada perkara keburukan yang singgah untuk memecahkan dinding iman kita. Berhati-hatilah

3) Ujian melalui kebaikan(nikmat)
-Contoh yang selalu kita dengar adalah membabitkan firaun dan qarun. Bagaimana mereka diuji dengan kemewahan dunia sehingga menyekutukan Allah. Sekali Allah menurunkan bala kepadanya,habis hancur segala apa yang telah dibanggakannaya.

4) Ujian melalui keburukan(musibah)
-Firman Allah "dan sungguh Kami berikan cubaan kepadamu dengan sedikit ketakutan,kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan.dan berikanlah berita gembira kepada mereka yang sabar".
kita sering menyalahkan Allah tiap kali kita ditimpa musibah.Tapi adakah kita tahu bahawa seandainya kita sabar, musibah ini dapat mengkafarahkan dosa yang telah kita lakukan selama ini.

*ini adalah untuk pesanan kepada diri sendiri juga

Thursday, 27 October 2011

Pilihan ditangan kita sebenarnya

"Maka allah telah mengilhamkan kepada jiwa itu kefasikan dan ketakwaannya,sesungguhnya beruntunglah orang yang menyucikan jiwa mereka,dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya."
(Asy-Syam;8-10)

Dalam Al-Quran sudah jelas bahawa,tiap keburukan dan kebaikan lahirnya daripada Allah.Namun sejauh mana kita mengambil pengajaran daripadanya.Sebab itulah dalam dunia ini,adanya orang yang melakukan kemungkaran dan ada juga yang melakukan ibadat kepada Allah.

Justeru itu, Allah telah menganugrahkan kepada kita 3 benda yang mana untuk kita membezakan antara yang hak dan batil. 3 perkara tersebut ialah:

  1. Akal
    bertugas untuk membezakan antara yang benar(yang disukai jiwa) atau yang salah(tidak disukai jiwa)
  2. Hati
    bertugas untuk merasa antara yang baik dan yang buruk
  3. Nafsu
    bertugas untuk memilih kesenangan akhirat diatas kesenangan duniawi.
Jadi, 3 perkara ini sangat berkait rapat antara satu sama lain. Andai hanya akal dan hati yang menjalankan tugas dengan baik,namun nafsu tidak dilitakkan pada tempat yang sepatutnya,maka akan terjadilah perkara-perkara yang diluar jangkaan kita semua.

Binalah ikatan antara akal, hati dan nafsu agar kita dapat untuk membezakan yang mana hak dan yang mana batil.Kawallah nafsu,jangan sampai Nafsu menjadi raja kepada kita.Biarlah kita yang menjadi raja kepada nafsu.


Saturday, 22 October 2011

Syarat pertolongan dari Allah

Firman Allah dalam surah Muhammad ayat ke-7
(wahai orang-orang yang beriman, barangsiapa yang menolong agama Allah,Allah akan menolong mereka dan Allah akan meneguhkan kedudukan kamu)


Ayat diatas jelas sekali menegaskan bahawa Allah akan menolong sesiapa yang menolong dalam agamaNya.Tetapi, ia juga bergantung kepada diri kita sendiri sejauh mana kita mematuhi syarat-syarat untuk mendapatkan pertolongan Allah.


Di antara syarat-syaratnya adalah:


1)Menjaga Makanan


يَاأَيُّهَا النَّاسُ كُلُوا مِمَّا فِي الْأَرْضِ حَلَالًا طَيِّبًا وَلَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُبِينٌ"  (al-baqarah-168)


Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan, kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu.


2)Menjaga Kata-kata


Maksudnya:
'Wahai orang yang beriman! Janganlah kebanyakan daripada sangkaan(supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang, dan janganlah sesetengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat)sudah tentu kamu jijik kepadanya. (patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah;sesungguhnya Allah Penerima taubat,lagi Maha Mengasihani.'
(Surah al-Hujurat:12)



3)Menjaga Pergaulan


Maksudnya:
Dan katakanlah (wahai Muhammad) kepada hamba-hamba-Ku (yang beriman), supaya mereka berkata dengan kata-kata yang amat baik (kepada orang yang menentang kebenaran); sesungguhnya Syaitan itu sentiasa menghasut antara mereka (Yang mukmin dan yang menentang); sesungguhnya Syaitan itu adalah musuh yang amat nyata bagi manusia.'
(Surah al-Israa':53)



Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan Yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang Yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan Yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu).


peegasan Allah berkaitan dengan pergaulan adalah sebagaimana firmanNya dal surah An-Nur ayat ke 30-31.Diantara isi kandungannya adalah;
dan katakanlah kepada laki-laki yang beriman hendaklah mereka menahan pandangan mereka dan memelihara kemaluannya yang demikian itu lebih suci bagi mereka,sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka lakukan(an-Nur 30)


dan katakanlah kepada perempuan yang beriman hendaklah mereka menahan pandangan mereka dan memelihara kemaluannya dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya,kecuali yang biasa nampak daripadanya............(an-Nur31)



Thursday, 20 October 2011

Antara 2 "S", mana lebih penting????

Antara Subuh dan Study


Sebagai pelajar di IPTA, sesetengah pelajar belajar sampai larut malam untuk menyiapkan tugasan masing-masing.

Tapi ada kalanya, akibat terlalu lewat tidur kita terlepas solat SUBUH. Sekarang jelaslah tergambar diminda bahawa study lebih penting kalau nak dibandingkan dengan solat.Jika tidak,mana mungkin kita boleh meninggalkan solat subuh sesedap hati begitu saja.

Imam Hassan Al-Banna telah mewasiatkan "apabila mendengar azan maka bangunlah sembahyang serta-merta walau apa jua keadaan sekalipun"

Sebagai student, pandai-pandailah kita membahagikan masa. Jangan kita gadaikan akhirat semata-mata untuk mencari kesenangan dunia yang hanya bersifat sementara sahaja.

p/s:pesanan untuk diri sendiri juga......