Sudah menjadi fenomena pada tiap-tiap kali cuti sekolah, di sana sini penuh dengan kenduri kahwin yang penuh dengan warna-warni.
Sempatlah saya berkunjung ke salah sebuah rumah di majlis sambut menantu berhampiran dengan rumah saya. Di suatu sudut, kedengaran suara tetamu yang datang yang membuatkanku berfikir sejenak."Kalau aku kahwin nanti, aku nak hantaran aku mahal sikit. Dalam 10k cukuplah kot."

Disaat ini, saya mula berfikir, adakah mereka ini ingin menjual diri mereka dengan meletakkan hantaran yang tinggi? Jika ditanya soal ini, semestinya mereka akan mengatakan tidak. Tapi seolah-olah itulah yang hendak dikatakan oleh mereka.
Hari ini, adat lebih diutamakan daripada menerapkan nilai-nilai agama dalam perkahwinan. Adakah kita berasa hina andai hantaran yang dikeluarkan adalah rendah? Apakah yang hendak dicapai dengan meletakkan hantaran yang tinggi? Tepuk dada, tanya diri sendiri.
Kadang-kadang, kesian kepada si lelaki. Terpaksa berusaha sehabis daya untuk memenuhi kadar wang hantaran yang diminta. kadang-kadang, ada yang sanggup berhutang. Buat apa hanya berseronok sehari, sedangkan pada hari-hari mendatang pening dan serabut memikirkan bagaimana mahu menjelaskan hutang tersebut. "Buat apa bersenang untuk sehari kalau kesengsaraan setahun menanti?"
Wallahu 'allam... Selamat berwalimah =)
gitulah manusia sekarang ne,,,mcm2,,,,huhhuhu
ReplyDeleteteringat satu hadis Nabi SAW yang bermaksud, sebaik-baik mahar ialah mahar yang paling sederhana.."
ReplyDelete