Sunday, 4 December 2011

Teruja Dengan Aksi Ranjang

Sekarang rata-rata sedang dilambung badai "OMBAK RINDU" yang baru memecah pawagam di serata Malaysia.
sedikit sinopsis filem Ombak Rindu

Filem Ombak Rindu hasil karya novelis Fauziah Ashaari, Izzah, gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, ayah saudaranya, Taha, mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha cukup tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bala dalam keluarga mereka.

Pada masa sama, Pak Cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual Izzah kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak ayah saudaranya walaupun hatinya meronta.

Di situlah dia berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz sanggup 'membeli' Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan mahu membawa dia keluar dari neraka jahanam itu.

Atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah, tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.

Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, model dan pelakon terkenal akhirnya menggugat kebahagiaan Izzah dan Hariz. Apakah mereka bermadu?

Filem arahan Osman Ali ini menampilkan pelakon kacak Aaron Aziz sebagai Hariz manakala, Lisa Surihani (Mila). Turut berlakon Maya Karin dan Umie Aida.




Pengakuan salah seorang pelakon dalam filem ini...

“Saya akui sangat gementar sebelum setiap kali ingin memulakan babak ranjang dan mesra itu. Terus-terang, saya ingin lakonkan babak atas katil itu kerana belum pernah saya melakukan babak tersebut sepanjang karier saya. Walaupun pada awalnya terasa pelik dan gementar, tetapi syukur Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar,” katanya -mayakarin-


Islam itu mudah,tapi ramai yang memudahkan Islam sehingga terjadinya hal-hal seperti petikan diatas.

Ucapan Syukur diletakkan bukan pada tempatnya.Inilah KEJAM namanya. Tak salah untuk saya mengatakan dia adalah seorang yang BANGANG!!!!
$#$#@$#@%Y*%%$

fikir-fikirkan lah.............


Wednesday, 30 November 2011

Untuk Renungan Kita

Rasulullah S.A.W bersabda : "Aku bimbang ke atas kamu orang-orang yang lebih dahsyat daripada dajjal , bila ditanya siapakah mereka itu? jawab baginda S.A.W , Ulama Sukk.". [Hadith Riwayat Muslim.]

(Maksud ulama' sukk adalah ulama yang memutar belitkan tujuan - tujuan agama yang benar kepada yang batil demi mencapai maksudnya yang tertentu.)

Rasulullah SAW bersabda : " Terdapat 3 jenis penyakit agama :1. Pemerintah yang zalim 2. Ulamak jahat 3. Org jahil tidak sedar dirinya jahil." [Hadith Riwayat Muslim.]

" Rosaknya rakyat kerana pemimpin, rosaknya pemimpin kerana ulama', rosaknya ulama' kerana harta ( kemewahan dunia )" (Imam Al-Ghazali)

Friday, 25 November 2011

DOA AWAL DAN AKHIR TAHUN

Maksudnya:

Segala puji hanya bagi Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W. serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.

Ya Allah, sesungguhnya pada tahun ini aku telah melakukan laranganMu tetapi aku masih belum bertaubat sedangkan Engkau tidak reda dan melupai perkara itu. Engkau telah menangguhkan azabMu yang telah ditetapkan kepadaku. Engkau telah memerintahkan supaya aku bertaubat dari keslahan itu. Sesungguhnya pada hari ini aku memohon keampunan dariMu, ampunilah aku dan apa yang telah aku lakukan pada tahun ini yang Engkau redai dan Engkau janjikan pahala maka aku memohonnya daripada Engkau. Ya Allah, ya Karim, ya Zaljalali wal ikram.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.. Segala puji hanya bagi Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam


Maksudnya:

Segala puji hanya bagi Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W. serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.

Ya Allah, Engkaulah yang kekal abadi untuk selama-lamanya. Demi kelebihanMu yang Maha Agung dan kemurahanMu yang melimpah, sesungguhnya pada tahun ini aku memohon kepadaMu perlindungan daripada syaitan yang direjam, dari sekalian kuncunya, tenteranya dan penolongnya. Aku juga memohon perlindungandari nafsu amarah yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan dan melalaikan dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diriku kepadaMu.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad. Segala puji hanya bagi Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam.


Wednesday, 23 November 2011

Kita Perlu Blog

Apa yang anda faham tentang blog?

Blog bukan hanya merupakan suatu riadah pemikiran dan tempat kita meluahkan segala perasaan kita. Tetapi blog boleh menjadi medan kepada kita untuk menulis yang baik-baik atau dalam bahasa mudahnya sebagai suatu medan untuk menyampaikan dakwah.

"saya bukan ustazlah". "Ilmu saya tak cukup pun untuk bagi nasihat kepada orang lain "

Ini merupakan suatu persoalan yang biasa kita dengar apabila bercerita tentang dakwah. Kenapa begini?

Sekiranya pemikiran sebegini masih lagi menjajah minda kita, adakah agama Islam dapat tertegak?Siapakah yang layak untuk membawa agama Allah ini?

Memetik kata-kata Hilal Asyraf dalam bukunya batu bata kehidupan "kalau benar hendak menyebarkan Islam seluas mungkin, dua perkara perlu dicantas dalam diri kita iaitu malu untuk meyebarkan perkara-perkara yang baik dan takut nanti apa orang akan kata"

Nak tunggu seseorang sempurna ilmunya,memang sampai kiamat pun kita tidak akan bertemu dengan orang yang sempurna ilmunya. Kita yang mempunyai ilmu yang sedikit ini,seharusnya menyebarkan kepada orang lain.

Nabi pun  pernah bersabda "sampaikanlah walaupun sepotong ayat.

p/s:sama-sama kita ambil manfaat

Monday, 21 November 2011

Kembara Ilmiah

Alhamdulillah,pada 17-19 november yang lepas aku telah mengikuti Maximising Islamic Practising Camp anjuran Kelab Amatur Intelektua(KAI) yang bertempat di Kem Saujana.

Walaupun cuma 3 hari, namun semua itu cukup bermakna bagiku. Dan walaupun pada permulaannya yang agak lembap,tetapi, alhamdulillah ending yang cukup menyentuh di hati para peserta.

Tuesday, 15 November 2011

Couple vs Cinta

Antara ungkapan yang biasa kita dengar tatkala seseorang dilamun angau percintaan:

"i love u,aku cinta padamu,aishiteimasu,uhibbuki,saranghaeyo,ik houk van jou"
kalaulah arif seribu bahasa, kesemuanya akan diluah sebagai tanda kita cinta kepada seseorang.

Tahukah kita apa itu CINTA??

Cinta dapat diertikan dengan SAYANG atau sebagai sebuah kasih sayang, yang lahir daripada hati dan tulus ikhlas. Fahamkah kita apa itu SAYANG?

Sayang diertikan sebagai menjaga orang yang kita sayangi dari kesengsaraan dan membuat dia bahagia.

Apakah dengan ber'couple' kamu dah menjaga pasangan kamu daripada kesengsaraan? Adakah kamu sayang pasangan kamu, sedangkan kamu melontarkan dirimu dan juga pasangan yang kamu kata kamu cintai itu ke dalam neraka.

"dan janganlah kamu mendekati zina (zina) itu sesungguhnya adalah perkara yang keji dan merupakan satu jalan yang buruk" [Al-Isra' 17:32]

Berpegang tangan,bertentangan mata dan seumpamanya adalah merupakan pencetus kepada terjadinya aktiviti zina. Mana perginya kemurnian cinta andai diletakkan di tempat yang tidak sepatutnya.

Islam tidak menghalang umatnya bercinta. Tapi letakkanlah cinta itu ditempat yang sepatutnya. Janganlah kita bertindak zalim terhadap cinta. kerana cinta itu bersih dan murni.

Jangan campakkan cinta yang murni itu ke dalam LUBANG JAMBAN

Sunday, 13 November 2011

Terharu

Semalam suatu perkara yang tak terduga berlaku. Diriku dirai semperna ulang tahun kelahiran yang ke-20.Alhamdulillah.Dah sampai ke alam 20 tahun, tapi masih tak layak nak mengundi..hehe

Apa yang nak dikongsikan disini, pengorbanan sahabat-sahabatku yang meraikan aku di hari semalam amat tersentuh dihati. Mana taknya,lebih 20 orang yang wish depan-depan macam tu,on the spot. Paling tak terkate tu apabila kek yang dorang bagi tu sangat comel dengan ada patung penyu sekor..hehe...TQ korang semua.Sayang korg.

Ucapan daripada family pun agak terharu. Walaupun akak aku ada offer nak bagi hadiah,tapi itu semua tak penting bagi aku. Cukup dengan ucapan bday tu pon dah memadai untuk aku.TQ kakak-kakak dan abang-abang yang wish semalam. Kita mungkin tak dapat bersama untuk sambut,tapi korg masih ingat kat adikmu ini =)