Monday, 18 November 2013

Pilihanraya Kampus UMT

Proses penamaan calon pada pilihanraya kampus hari ini berjalan dengan lancar. Melihat kepada situasi semasa, berlaku banyak pertembungan pada kali ini, dikhabarkan hanya seorang calon yang telah menang tanpa bertanding sebelum tempoh pembuangan undi diadakan.

Hari ini telah membuktikan bahawa mahasiswa UMT semakin sedar terhadap pergerakan politik kampus khususnya. Kesedaran politik dalam kalangan mahasiswa ini juga mampu membuka mata pemimpin negara dalam melahirkan generasi yang cemerlang pada masa akan datang.

Malam ini akan berlangsungnya perbentangan menifesto daripada semua calon yang bertanding. Saya jangkakan suasana pada malam ini suatu suasana yang jarang-jarang berlaku di bumi UMT. Dengan bilangan calon yang hampir 30 orang, sudah pasti suasana yang akan berlaku akan lebih hangat dan meriah. Saya berharap, menifesto yang akan dibentangkan pada malam ini adalah satu menifesto yang bersifat dekat dengan mahasiswa agar mahasiswa dapat membuat pilihan yang tepat dalam pemilihan pemimpin kali ini.

Semoga berjaya kepada semua calon yang bertanding. Ini adalah permulaan untuk anda semua merasai pengalaman sebagai pemimpin mahasiswa dalam membela hak dan nasib mahasiswa khususnya. Buat bakal MPP UMT, galaslah amanah dengan penuh tanggungjawab dan adil. Wallahualam

Naib Presiden 1
Kelab Amatur Intelektual
Universiti Malaysia Terengganu

Sunday, 17 November 2013

Cukai vs Zakat

Cukai tidak dipungut pada zaman nabi. Di dalam islam,hanya dikenakan Zakat bagi orang islam dan jizyah bagi orang bukan islam.

Zakat adalah wajib dilaksanakan oleh semua orang islam mengikut kadar yang telah ditetapkan.

Manakala jizyah akan dikenakan kepada orang bukan islam dan pemimpin islam dalam negara tersebut haruslah memberi perlindungan kepada orang bukan islam yang membayar jizyah tersebut.

Dalam isu GST yang telah dibentangkan oleh perdana menteri Malaysia dalam bajet 2014 tempoh hari, secara jelas ia adalah suatu cukai yang membebankan rakyat malaysia khususnya rakyat yang berpendapatan rendah.

Ulama' bersepakat hanya melalui 4 cara sahaja cukai boleh dikenakan kepada masyarakat. Iaitu:

1- negara tidak mempunyai sumber pendapatan lain
2-cukai hanya dipungut daripada orang kaya untuk diagihkan kepada orang miskin
3-tidak berlakunya ketirisan dalam sistem kewangan negara.
4- tidak menggunakan sumber cukai ini untuk jalan maksiat.

Cukai adalah undang2 yang direka oleh manusia, manakala Zakat adalah perintah Allah yang telah termaktub dalam quran. Justeru, apabila berlakunya percanggahan ini, kembalilah kepada quran dan as-sunnah. Kerana Hukum allah tidak pernah membebankan manusia.

Sedikit Masa Lagi

insyaallah...akan kembali....

Sunday, 10 February 2013

Doa Wehdah


Tiada Tuhan yang disembah selain ALlah
Tuhan yang Maha Esa
dan kami berserah kepadaNya
Tiada Tuhan yang disembah selainNya
kami tidak menyerah selain kepadaNya
kami mengikhlaskan tunduk kepada Nya
walaupun dibenci oleh org musyrik
Tiada Tuhan selain Allah
Tuhan kami dan Tuhan nenek moyang kami
yang terdahulu

Tiada Tuhan yang disembah selain Allah
Tuhan yang Esa,Tuhan yang Esa,Tuhan yang Esa
Dia telah menunaikan janjiNya
Dia telah memenangkan hambaNya
Dia telah memuliakan tenteraNya
dan Dia telah mengalahkan musuhNya berseorangan

Bagi ALlah segala kerajaan,bagi segala pujian
Dia yang menghidupkan dan mematikan
Dia yang mematikan dan menghidupkan
sedangkan Dia Maha Hidup dan tidak mati
Dalam segala kekuasaan dan kebajikan
dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu
ALlah Maha Besar


Saturday, 2 February 2013

Muhasabah Dalam Musibah

Terbaca dalam satu akhbar tempatan hari ini berkenaan dengan "Muhasabah Dalam Musibah." Dalam kehidupan kita seharian, amatlah banyak sekali dugaan dan rintangan yang harus kita tempuhi dan kita lalui. Hendak dijadikan cerita, kehidupan kita ini memang untuk diuji oleh Maha Pencipta kita.

Firman Allah ada menyebut dalam surah Al-Ankabut ayat 2-3 yang bermaksud "apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan kami telah beriman dan mereka tidak diuji. Dan sungguh, Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang berdusta."

Segala bentuk ujian yang Allah turunkan kepada umatNya hanyalah untuk menguji hambaNya agar sentiasa mengingati dan mentaati Allah. Dan hanya Allahlah tempat hambaNya mengadu segala macam hal baik perkara yang baik mahupun perkara yang dukacita. Ramai yang hanya mengadu kepada Allah berkaitan perkara-perkara yang musibah sahaja, namun di sana mereka lupa bahawa Allah jua lah yang menjadikan kesenangan kepada mereka.

Berapa ramai yang diuji dengan kesenangan. Allah menceritakan perihal firaun, qarun dan haman yang diuji dengan kekayaan harta benda. Dengan harta yang banyak, mereka jadi lupa akan Allah. Menjadikan duit sebagai tuhan mereka, dalam masa yang sama mereka tidak sedar bahawa Allah sedang menguji mereka.

Justeru, marilah sama-sama merenung kembali, untuk apakah kita dilahirkan di muka bumi ini. Adakah untuk saja-saja Allah hadirkan kita di sini? Kembali kepada pencipta kita, nescaya kita akan temui segala jawapannya. Sama-sama muhasabah diri dan perbaiki diri. Insyaallah, Allah permudahkan.

wallahualam...

Wednesday, 30 January 2013

5 golongan yang akan menentang para pembawa Islam

Dalam buku "Bahtera Penyelamat" karangan Fathi Yakan, beliau menggariskan terdapat 5 golongan yang akan menjadi penghalang kepada para pembawa panji agama Islam. Mereka adalah:


  1. Orang mukmin yang dengki kepadanya
  2. Orang munafik yang benci kepadanya
  3. Orang kafir yang memeranginya
  4. Syaitan yang menyesatkan
  5. Nafsu yang merangsang
Nantikan kupasan yang lebih mendalam pada posting yang akan datang....

Wallahualam...