Sunday, 13 November 2011

Terharu

Semalam suatu perkara yang tak terduga berlaku. Diriku dirai semperna ulang tahun kelahiran yang ke-20.Alhamdulillah.Dah sampai ke alam 20 tahun, tapi masih tak layak nak mengundi..hehe

Apa yang nak dikongsikan disini, pengorbanan sahabat-sahabatku yang meraikan aku di hari semalam amat tersentuh dihati. Mana taknya,lebih 20 orang yang wish depan-depan macam tu,on the spot. Paling tak terkate tu apabila kek yang dorang bagi tu sangat comel dengan ada patung penyu sekor..hehe...TQ korang semua.Sayang korg.

Ucapan daripada family pun agak terharu. Walaupun akak aku ada offer nak bagi hadiah,tapi itu semua tak penting bagi aku. Cukup dengan ucapan bday tu pon dah memadai untuk aku.TQ kakak-kakak dan abang-abang yang wish semalam. Kita mungkin tak dapat bersama untuk sambut,tapi korg masih ingat kat adikmu ini =)

Saturday, 12 November 2011

Tibanya aku disini


Maaf andai ada terkasar bahasa,terlanjur bicara dalam persahabatan selama 20 tahun ini.
Halalkan segala makan dan minum =)

Untuk keluarga dan sahabat-sahabat semua, saya doakan anda semua dalam lingkungan Allah selalu.
Saya gembira disamping anda semua.

Friday, 11 November 2011

Bahana Permainan Video

Saya tertarik dengan apa yang saya baca di akhbar harian metro hari ini apabila seorang remaja 15 tahun bertindak diluar kawalan terhadap neneknya gara-gara si nenek tertutup plug laptopnya.

Difahamkan bahawa si remaja terbabit sedang bermain game di laptopnya sebelum si nenek tertutup plug. Remaja berkenaan berang dengan tindakan nenek tersebut kerana telah mengakibatkan permainan remaja terbabit tergendala. Remaja terbabit bertindak memaki hamun dengan mengeluarkan kata-kata kesat kepada neneknya dan hampir menetak saudaranya dengan parang akibat ingin menenangkan remaja terbabit.

Sesetengah permainan video mempunyai unsur-unsur ganas yang keterlaluan sehingga ada remaja yang meniru gaya permainan tersebut.-Harian Metro

Thursday, 10 November 2011

Bagaimana ujian??

Firman Allah yang bermaksud "Tiap-tiap yang hidup akan merasakan kematian.Kami menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan dan hanya kepada Kami kamu dikembalikan"(Al-Anbiya')

Banyak ayat Al-Quran yang menerangkan kita betapa ujian ini suatu yang tidak boleh lari daripada diri setiap muslim. Mana mungkin kita hanya mengaku beriman sedangkan kita tidak diuji.

Terdapat 4 jenis ujian yang dilalui oleh diri muslim:

1)Ujian dalam mentaati perintah Allah
-Ujian sebegini harus kita ambil cakna dan serius,kerana ujian inilah yang sering dilupakan oleh kita. Kadang kala terdetik dihati sanubari berkenaan dengan amal yang telah kita kerjakan. Andai kata kita riak,kita telah terjerat dengan tipu daya syaitan.

2)Ujian menjauhi larangan Allah
-Ujian ini biasa terjadi dalam kalangan manusia sejagat. Bukan mudah untuk melakukan perkara kebaikan dalam suasana dunia yang penuh dengan lakonan dan pancaroba. Dalam kita melakukan perkara kebaikan,pasti ada perkara keburukan yang singgah untuk memecahkan dinding iman kita. Berhati-hatilah

3) Ujian melalui kebaikan(nikmat)
-Contoh yang selalu kita dengar adalah membabitkan firaun dan qarun. Bagaimana mereka diuji dengan kemewahan dunia sehingga menyekutukan Allah. Sekali Allah menurunkan bala kepadanya,habis hancur segala apa yang telah dibanggakannaya.

4) Ujian melalui keburukan(musibah)
-Firman Allah "dan sungguh Kami berikan cubaan kepadamu dengan sedikit ketakutan,kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan.dan berikanlah berita gembira kepada mereka yang sabar".
kita sering menyalahkan Allah tiap kali kita ditimpa musibah.Tapi adakah kita tahu bahawa seandainya kita sabar, musibah ini dapat mengkafarahkan dosa yang telah kita lakukan selama ini.

*ini adalah untuk pesanan kepada diri sendiri juga

Saturday, 5 November 2011

Ngauman Membara part 2

Setelah post ngauman membara mendapat maklum balas yang menarik,saya ingin berkongsi untuk perlawanan suku akhir yang berlangsung pada 31 Oktober 2011.Pada perlawanan ini,skuad UMT telah menentang UITM Malaysia, dimana UITM telah menggabungkan pemain-pemain daripada seluruh UITM.Difahamkan bahawa,terdapat seorang pemain UITM telah menyarung jersi kebangsaan Malaysia.

Ternyata UITM bukan tandingan untuk UMT setelah mudah membenam dengan keputusan 4-0.Walaupun begitu,semangat juang yang ditunjukkan oleh para pemain amat lah dipuji oleh jurulatih skuad UMT.
Skuad bola sepak UMT akan berehat selama beberapa minggu dan akan mempersiapkan diri untuk ke liga IPT nanti yang dijadualkan pada sem hadapan.


Friday, 4 November 2011

Berita Gembira Untuk Wanita


Renung-renungkan lah....jangan menyempitkan pemikiran kita dengan hal-hal yang remeh temeh...

sekian....=)

Ngauman Membara


Pada 27 Oktober hingga 4 November lepas,skuad bola sepak UMT telah menyertai pertandingan MASUM CUP yang bertempat di Arau,Perlis.Untuk perlawanan pertama,skuad UMT telah bertemu dengan pasukan USIM,di mana merupakan finalis untuk tahun lepas.Skuad UMT telah berjaya menundukkan pihak lawan dengan jaringan 2-0 hasil jaringan Mohd Azrulhisham Kamal dan Vinodh Elamkovam yang merupakan pelajar jurusan POSESO dan EKONOMI.Kemenangan ini sekali gus melayakkan skuad UMT ke peringkat suku akhir dan bakal berdepan dengan barisan UITM Malaysia.

Tahniah diucapkan kepada barisan-barisan pemain dan jurulatih pasukan.Untuk perlawanan suku akhir akan dipaparkan untuk ruangan akan datang.
Skuad Bola Sepak UMT